Sukan

Karamjit Menang Pusingan Ke2 Kejohanan Rali Malaysia Di Johor

Pasukan Karamjit Singh Proton R3 Rally yang memandu Proton Satria Neo standard menghasilkan upset kejohanan apabila memenangi rali dengan kelebihan masa yang agak ketara melebihi Fan Fan yang memandu  Mitsubishi Lancer Evo X perkasanya.  Ia dijangka kerana rali permukaan berlumpur memerlukan kemahiran yang hanya Karamjit Singh perolehi. “Kami gembira memenangi Rali ini, terutama sekali dengan kereta 1.6 pacuan roda depan kami. Kami berjaya mengalahkan kereta kereta lebih hebat jadi kami amat gembira dengan prestasi kami,” kata Karamjit.

Acara Rali ini disertai oleh Pasukan Proton R3 Rally Karamjit Singh dan Kenneth Koh dan 20 penyertaan swasta. Tempat kedua keseluruhan jatuh kepada Wan Yu Rally Team China, Fan Fan dan pemandu Fang Jun Wei. Tempat ketiga pula jatuh kepada Muhammad Rafiq Udhaya dan pemandu Maruthi Ariokiasamy dari MRU Motorsports.

Tahniah kepada pemenang pemenang. Untuk maklumat lanjut sila ke laman web http://www.malaysianrally.com

MRC2014_R2_Closing_Podium-600x400

Previous post

VW BEETLE 1.2TSI sekarang dari RM131,888

Next post

Onde Onde Citta Mall #JejakMakanRoss 001

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *