Cerita Auto

Lori MAN penggerak Pasukan Lumba Red Bull Racing Jamie Whincup

Untuk memulakan serangan ke atas V8 Supercars musim endurance, pemimpin kejohanan semasa Jamie Whincup telah membawa, trak MAN B-double 62 tan ke Melbourne dalam perjalanan ke litar Sandown 500. Sebaik saja menerima lesen ‘memandu trak’ pelbagai kombinasi, Whincup membuat persediaan untuk PIRTEK Enduro Cup dengan meluangkan masa yang panjang di belakang roda pengangkutnya. Whincup berhenti di Caltex Tullamarine untuk membincangkan perlumbaan hujung minggu ini sebelum meneruskan perjalanan ke Sandown Raceway.

 

“Saya benar-benar suka memandu trak dan dengan musim endurance yang bermula pada hujung minggu ini, tidak ada persediaan yang lebih baik bagi saya daripada melakukan pemanduan jangka panjang di jalan raya terbuka,” kata Whincup.

 

“Pemandu pengangkutan kami Warick ‘Wazza’ Beames memang teragak agak pada mulanya untuk menyerahkan kunci kebanggaan dan kegembiraannya kepada saya jadi saya amat berterima kasih kerana mendapatkan peluang ini.”

 

Jamie Whincup sekali lagi akan bergabung dengan Paul Dumbrell dengan # 1 Red Bull Commodore bagi tahun ketiga  berturut-turut dalam perlumbaan V8 Supercar Endurance. Mereka adalah salah satu daripada tujuh kombinasi yang masih kekal utuh dari PIRTEK Enduro Cup tahun lepas.

 

“Co Driver saya, Paul Dumbrell, adalah dalam keadaan yang plaing sihat setelah berlari dalam beberapa half-maraton sepanjang bulan lepas dan sudah berbatu batu dengan kereta dari peringkat pembangunan. Kita harus berada di tahab yang baik dan sedia”

 

Whincup mempunyai rekod yang baik di litar Melbourne, dengan menaiki podium setiap tahun dari tahun 2005 dan seterusnya. Sekarang setelah pecah semua masa rekod kelayakan ATCC / V8SC Peter Brock di Sydney, Whincup kini boleh mencapai satu lagi kejayaan di Sandown – barisan permulaan hadapan ke-100 beliau.

 

MAN-red-bull-racing2

 

“Saya membesar di Melbourne jadi saya sudah melakukan banyak pusingan di litar ini dalam kategori junior di Sandown ini. Ia kaya dengan sejarah kereta Formula One berlumba di trek ini pada tahun 1960 yang memang menambahkan elemen khas yang merupakan satu perasaan yang hebat. ”

 

Rakan sepasukan, Craig Lowndes akan menyambut ulang tahun ke-20nya sejak membuat penampilan pertama V8 Supercars di litar Sandown pada tahun 1994. Lowndes adalah pemenang bertahan daripada PIRTEK Enduro Cup dan akan berganding bahu buat pertama kalinya dengan pemenang  2013 Bathurst 1000, Steve Richards.

 

“Saya rasa persaing terbesar saya hujung minggu ini ialah rakan sepasukan saya sendiri, Lowndesy. saya harap dia di sana berjuang seperti yang dia lakukan dalam pusingan ketahanan. Tanpa keraguan, Racing Team Volvo akan berada di kelompok atasan kerana mereka begitu cepat dengan pecutan garis lurus mereka dan jika mereka melakukan kerja yang baik mereka akan berlumba di bahagian depan di trek nanti. ”

 

MAN-red-bull-racing1

Previous post

Acura TLX Dapat Perhatian Penala

Next post

Sebuah Super Sedan Untuk Anda - Porsche Panamera Turbo

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>