Cerita Auto

Renault Fluence ELETRIK Melangkah Ke China

Renault merancang untuk membina kereta elektrik Fluence di China dan sedang membincangkan cadangan itu dengan pihak berkuasa China kata Ketua Pegawai Eksekutif Carlos Ghosn Isnin lalu. Dengan kelulusan kerajaan, “Renault bersedia untuk membina Fluence di China” untuk satu jenama Cina yang tidak ditentukan, Ghosn memberitahu pemberita pada acara uji-pandu di sini.

 

renault-fluence-ze1

 

Renault hanya menjual 58 unit kereta bateri Fluence di Eropah pada separuh pertama, menurut data dari JATO Dynamics. Renault dan rakan kongsinya Dongfeng Motors mendapat kelulusan Cina pada bulan Disember untuk memulakan produksi dalam usaha sama USD1.3 bilion di bawah perancangan terdahulu untuk memperkenalkan model Renault yang dibina di negara pasaran auto terbesar di dunia. Berdasarkan pada reka-bentuk kereta petrolnya, sedan elektrik ini melakukan 0-62mph dalam masa 13secs dan kelajuan tertinggi 84mph. Sememangnya, ini bukan kelajuan kereta sport, tetapi Fluence ZE menyampaikan semua tork dari putaran enjin sifar, ia memang terasa lebih cepat daripada apa yang nombor-nombor ini mencadangkan.

 

renault-fluence-ze2

 

Bahagian dalaman lima tempat duduk terasa konvensional. Ia agak lapang di bahagian depan dan ada ruang di belakang untuk beberapa orang dewasa. Tetapi kerana pek baterinya terletak di antara tempat duduk belakang, ruangnya pula terkompromi. Jika tidak, satu-satunya petunjuk yang nyata bahawa anda berada dalam sebuah kereta elektrik tulen adalah petunjuk tahap-caj yang terletak di mana biasanya kaunter rev. Juga disediakan meter yang menunjukkan berapa banyak tenaga yang anda gunakan pada sesesuatu masa.

Dan memacu Fluence ZE tidak boleh dipermudahkan lagi. Pusingkan kunci dan perkataan “GO” muncul di dashboard. Masukan gear automatik ke D dan terus jalan.

 

renault-fluence-ze4

Previous post

Perodua AXIA Dilancarkan. Sekarang Di Bilik Pameran. Dari RM24,600

Next post

Acura TLX Dapat Perhatian Penala

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>