Berita Auto

Porsche 911 Carrera GTS. Ini Butirannya.

Porsche akan menghantarkan model 911 Carrera GTS generasi kedua ke garisan permulaan. Ada 4 model – coupe dan cabriolet yang setiapnya ada pacuan roda belakang atau pacuan semua roda – kini merapatkan jurang optimum antara 911 Carrera S dan kereta sport street-legal untuk trek lumba, 911 GT3. Beberapa bahan teknikal yang digunakan menjana lebih pemanduan dinamik dan keseronokan memandu: kuasa 430 hp (316 KW), pakej sport Chrono dan sistem PASM active damper yang merendahkan ketinggian kereta 10 milimeter.

porsche_911_carrera_gts_1

Efisiensi yang ditingkatkan membawa pada pecutan pantas dan kelajuan tertinggi tetapi angka penggunaan bahan api tidak berubah di tahap yang menggalakkan untuk model S. Apabila digabungkan dengan Doppelkupplungsgetriebe Porsche (PDK), 911 Carrera GTS memecut dari sifar hingga 100 km/h dalam 4.0 saat (Cabriolet 4.2 saat). Kelajuan tertinggi untuk setiap model GTS melebihi batasan 300km/h; Kelajuan model Coupe paling tinggi iaitu pada 306km/h dengan transmisi manual dan pacuan roda belakang.

porsche_911_carrera_gts_2

Bila ciri-ciri tambahan telah diselaraskan, model terbaru ini menawarkan harga yang menarik juga. Ada beberapa pilihan yang dikira standard, seperti bixenon headlights dengan PDLS ( Porsche Dynamic Light System) dan sistem ekzos sporti dengan bunyi deruman GTS.  Pemandu dan penumpang depan akan merasai duduk dalam suasana eksklusif yang menggunakan rekaan dalaman Alcantara dan tempat duduknya yang sporti guna bahan kulit, dan panel tengah diperbuat dari Alcantara sama seperti model GTS lain oleh Porsche.

porsche_911_carrera_gts_3

Rekaan dalaman kereta 911 yang baru – seperti semua model GTS oleh Porsche – ketara sekali berbeza dari model Carrera lain.  Semua model sama macam 911 Carrera iaitu ada 4 body dengan pelindung lingkungan roda belakang dan trek yang lebar dan roda 20 inci dengan roda tengah berkunci, yang diberi sentuhan warna hitam matt.   Bahagian hujung hadapan kereta nampak terserlah dengan elemen trim khas dan smoked bixenon headlights. Jalur trim hitam yang dipasang pada air intake screen GTS yang dicipta khas dan hujung paip ekzos bersadur warna krom hitam menjadi ciri rekabentuk bahagian belakang GTS.

porsche_911_carrera_gts_5

 

Previous post

Pesta Kereta Hyundai 2014 – Jom Uji Pandu!!!

Next post

Toyota Pamerkan Model Baru TRD 86 14R60

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *