Berita Auto

ABT Tuned Audi A8 Hebat

20 tahun lalu, Audi A8 memasukki premium kelas German dan sekaligus mengukuhkan kedudukkan syarikat mereka di sana.  “Jika anda mahukan eksklusif atau kuasa kuda, anda boleh saja meminta ABT Sportsline,” kata Hans-Jurgen Abr, CEO kepada Kumpulan Volkswagen, syarikat pengeluar kereta tuner terbesar di dunia: “Sempena menyambut ulangtahun ini, kami sekali lagi memberikan kenaikan taraf yang intensif bagi generasi varian ke-3 A8.

Bagi model limo yang canggih, keanggunan adalah paling utama.  Maka, syarikat Bavarian telah memilih pakej aero di mana ciri-ciri rekabentuk gaya yang sporti dan anggun.  Dengan spoiler depan yang berbentuk dinamik, ABT Sportsline mengubah cross-lined depan.  Skirt sisi baru menjadikanya lebih menarik dan agresif.  Set skirt pada bahagian belakang, melengkung dekat ekzos, juga memberikan penampilan menarik dengan susunan empat paip ekor.  Bahagian dalamannya lebih kecil dengan geometrinya yang berbeza sedikit.

Pemilik Audi A8 yang dikuasakan oleh enjin petro akan menikmati kenaikan taraf 4.0 TFSI, di mana menukarkan 435 hp/320 kW dan 600 Nm kepada tidak kurang dari 540 hp dan 720 Nm.  Peminat enjin diesel dan memiliki 3.0 TDI kini boleh menggunakan 300 hp dan 640 Nm daripada 258 hp dan 580 Nm.  Bagi Brute V8 diesel, ABT Sportsline telah menyaksikan hasil yang hanya boleh dilihat pada trak : 4.2 TDI 385 hp dan 850 Nm telah bertukar sangat besar kepada 430 hp dan 920 Nm.

Pengawalan Audi A8 adalah sempurna dan telah dihasilkan lebih sempurna oleh modul elektronik rendah. Tahap kawalan ABT merendahkan kereta sebanyak 25mm, depan dan belakang yang memberikan keupayaan pembelokkan dan penampilan kereta. Dan ini menjadikan roda aloi ABT Sportsline terserlah.  Gambar kereta ini menunjukkan ABT DR dalam ‘Gun Metal’ dengan machine-relieved yang baik. Roda kereta boleh didapati dalam 20” dan 21” dan juga dalam warna ‘hitam mistik’.  Varian lain yang menarik adalah ER-C, yang boleh didapati dalam 19” dan 20” dan dengan ‘silver bullet’ dan “Gun Metal’.

abt_a8_1_1280

Previous post

Lewis Hamilton Menang  Kejuaraan Pemandu F1 Di Abu Dhabi

Next post

Mazda2 SKYATIC Sedan Akan Tiba

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *