Berita Auto

Sah dan diluluskan! Audi Q8! Nak lawan BMW X6.

“S8 telah tiba,” kata Ketua TeknikalAudi, Ulrich Hackenberg di LA Motor Show yang sedang berlangsung. “Ia akan menjadi sesuatu yang baru, mengikut rekaan ciptaan konsep Prolog. Ia akan dijadikan sebagai sesuatu yang lebih emosi dan tampak lebih sporti berbanding model Q7. Kereta Q7 boleh memuatkan 7 orang , manakala Q8 lebih kepada penampilan coupe.”

Menurut beliau lagi, Q7 baru, yang akan ditampilkan pada bulan Januari akan menjadi salah satu model Audi terakhir dengan rekaan terkini. Model seterusnya akan tampak seperti Prologue, ilham ketua pereka baru, Marc Lichte.

Q8 akan menjadi saingan kepada model BMW X6 baru dan Mercedes-Benz GLE Coupe, yang berdasarkan kepada ML.

Kenyataan Mister Hackenberg turut disertakan dengan jadual yang jelas.  Pembinaan Q8 telah pun dimulakan dan akan siap dalam jangkamasa 3 tahun. Ia digambarkan sebagai produk yang menarik kepada pembeli di  China, Amerika Syarikat dan Timur Tengah.  Ikuti maklumat selanjutnya akan datang.

Previous post

Dah Berjaya. Dah Kaya. Dah Berusia. Untuk Mu, Mercedes-Maybach S-Class, Di Pasaran Februari 2015.

Next post

Penutup Tirai Formula 1 Abu Dhabi, Nico Pole Depan Hamilton. Perlumbaaan Sebentar Lagi.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *