Berita Auto

Ford Focus RS Bakal Muncul Pada 2016

Berita terbaru mengatakan Ford Focus RS Generasi ke-3, dikuasakan oleh enjin EcoBoost 2.3 liter, telah disahkan dan dijangka akan berada dipasaran pada 2016.  Focus RS baru ini adalah salah satu dari 12 kenderaan Ford berprestasi baru yang akan muncul di seluruh dunia hingga 2020.  Ketua Pembangunan Produk Ford Global, Raj Nair, berkata semua tim projek RS, Ford SVT dan Ford Racing akan bersatu dalam organisasi Ford Performance baharu yang terletak di Pusat teknikal baharu di Charlotte, North Carolina.

Beliau juga mengesahkan bahawa Focus RS baru ini akan berada di pasaran seluruh dunia termasuk US buat pertama kalinya.  Ianya adalah sebahagian dari rancangan Ford untuk menyediakan lebih banyak kenderaan, alat ganti dan aksesori yang berprestasi tinggi untuk pelanggan seluruh dunia dengan cepat.

ford-focus-rs3

Focus RS, yang dibina atas silsilah yang diasaskan oleh Ford RS pertama pada 1968, dan kali terakhir diperkenalkan di Eropah pada 2009.  Focus RS ini akan bersama rangkaian model Ford yang sedia ada, termasuk Fiesta ST, Focus ST, Shelby GT350 Mustang dan F-150 Raptor.  Penjualan kenderaan berprestasi sedang meningkat di seluruh dunia – dengan penjualan meningkat sehingga 70% di Amerika dan 14% di Eropah sejak tahun 2009.

Kuasa enjin Ecoboost 2.3 liter Mustang-Derived akan lebih 10% dalam Focus RS baharu jika dibandingkan dengan kuasa enjin turbocharge 2.5 liter, lima-silinder bagi model sebelumnya.  Ini bermakna Focus Rs baharu ini akan menghasilkan lebih kurang 330hp dan 324 Ib-ft.  Model baharu ini akan mengekalkan formula pemanduan roda-depan yang telah terbukti kehebatannya melalui model terdahulu.

ford-focus-rs2

 

Previous post

Keseronokan Memandu Volkswagen Model Polo GTI 192bhp Manual

Next post

Kereta Diesel, Mengapa Ianya Semakin Popular

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *