Cerita Auto

Maserati Bina Kereta Yang Ke 50,000

Maserati baru saja meraikan ulangtahunnya yang ke-100 pada 1 Disember dan juga pengeluaran keretanya yang ke 50,000 di Giovanni Agnelli Plant, Grugliasco dekat Turin.  Ia adalah loji yang sama di mana dalam tahun 2013 telah membina 10.000th Maserati. Setelah dikira, dapat digambarkan pengeluar kereta Itali ini mampu membina 40.000 kereta dalam masa hanya 12 bulan. Ini sangat hebat mengikut pasaran Eropah.

Maserati-50000th

Kereta 50.000th adalah Quattroporte S Q4 yang dicat dalam Grigio Maratea dengan warna merah dan hitam bagi upholstri dalaman. Menurut Maserati, unit itu akan dihantar ke pasaran di US di mana pengeluar Itali dapat menjual lebih dari 10,700 unit.

Maserati-50000th2

Sempena meraikan ulangtahun ke-100, Maserati juga memperkenalkan plak peringatan di 1A via de’Pepoli, di Bologna, tempat di mana pada 1 Disember, 1914, adik beradik Alfieri, Ettore dan Ernesto membuka bengkel baiki kereta dan garaj.

“Società Anonima Officine Alfieri Maserati” telah diasaskan di bangunan ini pada Disember 1914. Terima kasih kepada kepintaran dan kerjatangan Alfieri dan adik beradiknya Ettore, Ernesto dan syarikat mereka Bindo telah meraih kemasyuran antarabangsa dan prestij sekaligus menyumbang kepada kesedaran dunia identiti industri yang cemerlang.” Tertera pada plak peringatan.

Maserati-50000th3

 

Previous post

Aston Martin Perkenalkan DB10 Untuk Spectre Filem Terbaru Bond

Next post

Patty & Pie #JejakMakanRoss 005

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>