Gaya Hidup

Pemilik Kereta PROTON Ditawarkan Bantuan Untuk Membaiki Kereta Yang Rosak Akibat Banjir

PROTON Holdings Berhad mengulangi keprihatinan mereka dalam membantu mereka yang terjejas akibat banjir yang melanda baru-baru ini dengan laporan yang menyebut keterukan keadaan yang berlaku di negeri Pantai Timur dan di beberapa kawasan di negeri2 di utara juga.  Berikutan dengan pengaktifan program PROTON We-Care Prihatin Banjir baru-baru ini, PROTON berharap untuk membantu meringankan beban akibat bencana yang melanda, dengan cara yang lebih berkesan.

“Walaupun pada mulanya kami menawarkan diskaun 20% ke atas semua kerja-kerja pembaikan kereta yang rosak akibat banjir, kami telah mengambil keputusan untuk membawa program ini dengan lebih berkesan dibawah inisiatif tanggungjawab social korporat kami selepas memantau keadaan yang semakin buruk di negeri-negeri Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu, dan bahagian utara negara ini,” kata Dato’ Abdul Harith Abdullah, CEO PROTON.

“Kami rasa diskaun yang ditawarkan sebelum ini tidak banyak membantu keadaan semasa dan oleh itu kami telah mengambil keputusan untuk menyediakan diskaun yang lebih besar untuk alat ganti pada 30% dan kos buruh tidak akan dicaj kepada pelanggan PROTON yang terjejas akibat banjir.  Kami menasihatkan supaya menghantar kereta Proton anda ke pusat khidmat PROTON yang sah untuk membaiki kereta anda,” tambah Dato’ Harith lagi.

Program ini yang akan berjalan sehingga 15 mac 2015, juga termasuk percuma – khidmat pemeriksaan, menilai kerosakan dan bantuan penunda, dari lokasi yang terkesan ke pusat khidmat Proton yang terpilih.  Berikutan ini, pemilik Proton boleh hubungi Penjagaan Pelanggan PROTON di 1800-888-398 untuk sebarang pertanyaan, bantuan dan perkhidmatan tunda.

“Sebagai pengeluar kereta nasional, kami bertanggungjawab untuk membantu mangsa-mangsa banjir kerana kos pembaikan kenderaan dari banjir memerlukan sejumlah besar wang. Melalui program ini, kami berharap dapat meringankan beban mereka terutama kepada mereka yang kereta tidak dilindungi oleh insuran akibat bencana alam,” jelasnya lagi.

‘Ianya adalah sangat penting untuk kami membantu meringankan beban mangsa banjir. Kesusahan yang mereka lalui bukan sahaja melibatkan kerugian harta benda mereka tetapi juga kesukaran untuk menanggung kos besar memperbaiki kenderaan mereka yang biasanya teruk bersalut dengan lumpur. PROTON adalah jenama yang dimiliki oleh semua rakyat Malaysia dan salah satu cara terbaik untuk kami menyumbang kembali kepada masyarakat adalah dengan menawarkan bantuan disaat mereka amat memerlukannya, dalam cara yang lebih berkesan,” tambah Dato’Harith lagi.

Di sini beberapa tips tentang bagaimana untuk menguruskan kereta yang terjejas akibat banjir anda

  1. Jangan hidupkan enjin anda
  2. Jangan guna alat kawalan jauh untuk membuka pintu kereta. Sebaliknya, buat secara manual.
  3. Pastikan anda keluarkan terminal negatif bateri kereta untuk menghentikan aliran elektrik dalam kereta
  4. Ketiga-tiga langkah di atas adalah bertujuan untuk mengurangkan kerosakan ke atas peralatan, terutamanya komponen elektrikal dan mekanikal kenderaan tersebut.
  5. Sekiranya langkah langkah ini diambil, beberapa peralatan dapat diselamatkan
  6. Setelah mematikan elektrik dalam kereta, pindahkan barang-barang berharga dalam kereta dan kunci kereta secara manual, dan tunda kereta anda ke pusat khidmat PROTON yang sah.
Previous post

Audi Membajetkan USD29 Bilion Untuk Dominasi Global

Next post

Honda Malaysia Pula Tawar 50% Diskaun Pembaikan Kepada Kereta Pelanggannya Yang Rosak Akibat Banjir

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *