Berita Auto

Volkswagen Beetle 1.2TSI Pembelian Ikonik Dari RM131,888

Beetle, interpretasi kegembiraan yang ikonik dari jenama ikon Volkswagen kembali dengan spesifikasi baru! Kombinasi bentuk klasik bug yang diminati ramai dengan hiburan baru, ciri2 keselesaan dan keselamatan, Beetle baru ini akan memberikan kegembiraan dan keseronokkan untuk pemandu muda dan tua yang arif tentang kereta.

volkswagen_beetle_5

Enjin & Prestasi

Beetle ini menggunakan enjin turbocharge 1.2I TSI injeksi petrol secara langsung disesuaikan dengan 7-kelajuan Direct Shift Gearbox (DSG).  Turbo-charge motor mengepam keluar 105PS dan tork 175Nm, antara 1,550 dan 4,100rpm; membolehkan kereta mencapai 100km/h dalam 10.9 saat hinggan mencapai kelajuan tertinggi 180km/h.  Selain dari prestasi pecutan cemerlang, model klasik ini masih mengekalkan penggunaan bahan api dengan 5.9 liter/100km (atau 16.9km/liter) dalam kitara padu.

Ciri ciri Keselamatan

Seperti semua kenderaan Volkswagen, pemandu dan keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan tanpa kompromi, yang telah menyebabkan Beetle menerima rating paling tinggi Euro NCAP, 5-bintang.  Peralatan baru dalam Beetle adalah sistem penggera anti-kecurian dengan imobilizer elektronik yang menawarkan perlindungan maksimum dari pencuri kereta.

Selain dari sistem penggera anti-kecurian, kereta ini juga dilengkapkan dengan 3 point talipinggang keledar dengan penegang tali pinggang keledar, sandaran kepala depan yang keselamatan-optimum, kombinasi sisi dan beg udara toraks (untuk penumpang hadapan), serta pemandu dan beg udara penyahaktifan untuk penumpang hadapan.

volkswagen_beetle_4

Reka bentuk dalaman

Mencontohi citarasa klasik bug, Beetle juga dilengkapi dengan Beetle glove box yang tersendiri, dash pad dicat dengan warna rangka badan, depan-tengah tempat letak tangan, tombol gearshift kulit dan multi-fungsi stereng kulit dengan kawalan untuk Multi-Function Display (MFD), radio dan telefon.

Rekaan Beetle 1.2I TSI dilengkapi dengan sistem radio ‘RCD 310’ dengan pemain cakera padat, Bluetooth, kabel adapter USB dan 8 speaker.  Beetle sport 1.2I TSI pula dilengkapi dengan tambahan sistem radio skrin sesentuh ‘RCD 510’ dengan penukar 6 CD, kabel adapter USB, SD-card slot, Bluetooth dan 8 speaker, kerusi sport dengan upholsteri kulit ‘Vienna’, sokongan lumbar, sistem penyaman udara ‘Climatronic’ dengan kawalan suhu 2-zon, dengan paddle shift dan cruise control.

volkswagen_beetle_3

Rekabentuk luaran

Pada bahagian depan, Beetle dilengkapi dengan lampu depan Bi-Xenon dengan LED daytime running lights (untuk 1.2I TSI sport saja); dilaras secara elektronik, cermin luar yang boleh dilipat dan pemanas, lampu fog depan dengan lampu selekoh static; dan 16 inci ‘whirl’ roda aloi dengan tayar 215/60 R16.

Beetle kini boleh didapati dalam 5 pilihan warna: putih Candy, merah Tornado, kuning Saturn, perang Toffee dan Hitam Deep.  Kini dibuka untuk tempahan di semua pengedar Volkswagen di Semenanjung Malaysia bermula 15 Ogos.  Model Beetle 1.2I TSI berharga RM131,888 dan RM142,888 bagi 1.2I TSI Sport.

volkswagen_beetle_2

Untuk maklumat lanjut tentang Beetle, sila lawati www.volkswagen.com.my

 

 

Previous post

Renault Fluence 2.0L, Kini Boleh Didapati dari Harga RM99,500

Next post

BMW 3-Silinder Menang Anugerah Ward’s 10 Enjin Terbaik

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *