Gaya Hidup

Hyundai Menawarkan Bantuan Kepada Pelanggannya yang Terjejas Akibat Banjir

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah bekerjasama dengan rakan kongsi mereka, Aspire Lifestyles dan Affluent Flow untuk membantu pemilik kereta Hyundai yang terjejas akibat banjir di Perak dan Negeri-negeri Pantai Timur.  Aspire Lifestyles menyediakan khidmat tunda manakala Affluent Flow membekalkan produk Bluechem yang digunakan untuk membersihkan enjin dan sistem bahan api.  Kempen ‘Bantuan Banjir Hyundai’, dari 9 Januari hingga 28 Februari 2015 akan membolehkan pemilik kereta Hyundai yang terjejas untuk mendapatkan bantuan yang termasuk:

(a)   Diskaun 30% ke atas alat ganti Hyundai tulen yang dikenalpasti

(b)   Kos buruh percuma ke atas khidmat baiki dan

(c)   Khidmat tunda percuma ke pusat khidmat Hyundai berdekatan yang sah

Selain dari itu, semua kenderaan yang terjejas akibat banjir akan ditawarkan rawatan Bluechem percuma untuk pembersihan enjin, minyak dan sistem bahan api.

“Kami ingin mengucapkan kepada semua pemilik Hyundai di atas sokongan padu mereka terhadap jenama kami selama ini.  Kami amat bersimpati dengan bencana yang melanda dan mahu membantu meringankan beban pelanggan kami yang terjejas akibat banjir,” kata Mr. Lau Yit Mun, Pengarah Urusan HSDM.

Sebelas pusat khidmat Hyundai yang sah di Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu akan menawarkan bantuan kepada pemilik kereta yang terjejas Mereka adalah C.M. Chok Brothers Sdn Bhd (Kuantan), Chuan Seng Auto Services Sdn Bhd (Taiping), Harima Auto Mobil Sdn Bhd (Kota Bahru), MD Service Sdn Bhd (Bentong), Musaini Auto Sdn Bhd (Kuala Terrengganu), Regency Auto Parts & Services Sdn Bhd (Kuala Terrengganu), Sime Darby Auto Hyundai Sdn Bhd (Ipoh), Sri Baru Fast Automobile Sdn Bhd (Kota Bahru), Syarikat United Motor Supply Sdn Bhd (Mentakab), Tian Siang Auto (SWAN) Sdn Bhd (Sitiawan) dan YS Autoworld Sdn Bhd (Kuantan).

Pemilik kereta Hyundai yang memerlukan khidmat tunda dikehendaki menghubungi Hyundai’s Road Side Assist talian tol percuma – 1300-13-2000.

 

Previous post

Chevrolet Memperkenalkan Konsep Bolt EV; 200+ Electric Miles

Next post

MINI One First 5-Pintu Dilancarkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *