Gaya Hidup

Naza World Cares Sumbang Bantuan Dan Tenaga Inisiatif Bantuan Banjir

NAZA WORLD telah menyumbangkan RM400,000 berupa makanan dan bekalan untuk mangsa banjir melalui tenaga CSR, NAZA World Cares, yang terdiri dari komuniti sukaralewan dari pekerja NAZA Group dan Eftra Group.

nazaworldcares_008

50 sukarelawan menaiki 12 kenderaan Chevrolet Colorado dan Captiva menuju Pantai Timur pada hari Rabu dengan lima buah lori yang membawa bekalan bantuan.  Bekalan ini akan diedarkan kepada 1,500 buah keluarga (lebih kurang 7,500 orang kesemuanya) di Kuantan, Pahang dan Kuala Krai, Kelantan, yang telah dipindahkan akan banjir yang melanda di kawasan itu.  Selain dari penghantaran bekalan, NAZA World Cares juga sedang menganjurkan perjalanan ke dua apabila hujan dan banjir mula surut untuk membekalkan tenaga tambahan bagi usaha kerja-kerja pembersihan dan pembinaan semula.

nazaworldcares_007

“Dalam melalui cabaran bencana banjir, kami amat terharu melihat seluruh rakyat Malaysia bersatu dan bergabung tenaga untuk membantu keluarga yang memerlukan.  Di NAZA kami berpegang teguh atas peranan penting menyumbang semula kepada masyarakat.  Tidak ada rasa untuk hanya menjadi pemerhati sedangkan kami tahu kami ada cara untuk membuat perbezaan,” kata Ananthan M. Raman, Ketua NAZA World Cares.

nazaworldcares_006

Ini merupakan progam ketiga penglibatan NAZA World Cares dalam tahun 2014.

nazaworldcares_004

Pada awal tahun itu, kumpulan ini telah membantu Misi Bantuan Kuala Lipis dan Misi Bantuan Banjir Cameron Highlands dengan menyumbang barangan elektronik.

nazaworldcares_003

Previous post

Program Bantuan Banjir Mitsubishi Motors

Next post

Lotus @ Pertunjukan Kereta Lumba, Autosport

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *