Gaya Hidup

Kini Pula Bantuan Kepada Pemilik Kenderaan Mangsa Banjir Toyota Dan Lexus. Sepanjang Tahun.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd mengumumkan pada 23 December 2014 bahawa syarikat itu menawarkan perkhidmatan istimewa dan pakej pembaikan ke atas semua pelanggan Toyota dan Lexus yang terkesan akibat musibah banjir yang melanda baru-baru ini.  Pakej Bantuan Banjir untuk Toyota dan Lexus akan ditawarkan hanya kepada kes-kes tulen kerosakan kenderaan oleh banjir.

Tawaran Pakej Bantuan Banjir untuk Toyota dan Lexus adalah seperti berikut: Diskaun 25% pada total bil termasuk alat ganti dan caj buruh, khidmat tunda percuma, penilaian ke atas kereta yang pantas dan sebut harga ke atas jangkaan kos pembaikan serta cuci kereta percuma untuk luaran dan enjin.  Bagi kemudahan pelanggan, skim bayaran mudah juga disediakan kepada ahli kad kredit bank bank utama.

ToyotaPhoto-2

“Komitmen kepada pelanggan kami adalah keutamaan kami. Kami harap dengan menawarkan pakej ini sepnajang tahun akan mengurangkan beban kepada pemilik kenderaan Toyota dan Lexus yang terkesan akibat banjir.  Kami mendoakan untuk pemulihan yang secepat mungkin kepada semua pelanggan-pelanggan kami dan keluarga mereka yang menghadapi masa yang amat sukar ini,” kata Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor.

UMW Toyota Motor ingin memberi sokongan sepanjang tahun untuk memastikan bahawa semua pelanggan mempunyai ketenangan fikiran sepanjang menghadapi masa yang sukar ini. Pemilik Toyota dan Lexus yang terlibat boleh mengunjungi mana-mana Pusat Khidmat milik UMW Toyota Motor atau menghubungi Toyota Toll Free Line: 1-800-8-869682 (1-800-8-TOYOTA) atau Lexus Tol Free Line: 1800 88 53987 (1-800-88-LEXUS). Lawati kami di www.toyota.com.my atau www.lexus.com.my untuk maklumat lanjut.  Mengikut syarat dan terma yang dikenakan.

ToyotaPhoto-3

Previous post

10 Tip Bagaimana Untuk Kenal Pasti Kenderaan Rosak Akibat Banjir

Next post

Ford Perkenalkan Enjin EcoBoost 2.0 Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *