Jejak Makan

Mee Goreng Bangkok Lane @ Ameen Bistro #JejakMakanRoss 008

Memang ramai akan setuju, yang tahu lah, bahawa Mee Goreng Mamak di Bangkok Lane, Pulau Tikus, Penang memang sedap giler. Setiap kali saya ke sana sudah pasti saya akan singgah dan pekenakan dia. Kalau tidak kunjungan ke Penang macam tak lengkap. Tapi saya hanya mampu ke Penang setahun sekali. Kalau kita kempunan dia macam mana? Masuk dalam kereta pecut kesana dan pecut balik. Adui. Pernah saya lakukan beberapa kali. Kesian kereta. Kesian poket.

Yang sebenarnya kita tak payah ke Penang untuk melepaskan gian ini. Seperti kebanyakan makanan Pulau Pinang yang sedap-sedap mereka dah buka cawangan di Kuala Lumpur. Ya. Saya kesini sekurang kurang nya semimggu sekali. Sambil basuh kereta, sambil melepaskan gian Mee Goreng Bangkok Lane.

IMG_9601

RM4.50 biasa. RM6:50 dengan sotong atau ayam.

Mee Goreng dia kau-kau original Mee Goreng Mamak. Ada rasa unik masam cukanya. Sekarang memang susah nak cari Mee Goreng Mamak original. Setakat ini kesemua kedai mamak yang saya pergi di KL ,Mee Goreng Mamak mereka macam Mee Goreng Melayu. Basah dan banyak kicap.

Yang ini tak basah. Masam cuka. Bertelur dan banyak kueh -kueh rojak mamak didalamnya. Yang Bangkok Lane ini merah kerana di goreng dengan sos rahsia dia.

Awas! Kena satu pasti akan gian nak lagi di lain hari macam ketagih.

Yang saya selalu pergi di Seri Petaling. Depan kedainya ada Car Wash. Saya masuk Car Wash. Wash Vaccum kereta. Masuk Ameen Bistro, Mee Goreng Bangkok Lane dengan sotong tambah mee satu. Limau ais satu. RM9:50. Habis makan kereta kilat. RM10.00. Balik opis sambung kerja sampai 12 malam. Puas. Minggu depan buat lagi.

IMG_9602

Ameen Bistro

56, Jalan Radin Anum 1

Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

 

Rating Gohed Gostan:

four-stars
#RossEatBeat #JejakMakanRoss 008 dengan Waze: http://waze.to/lr/hw2836n71x
Previous post

BMW & Toyota Akan Bina Starlet

Next post

Harga RON95, RON97, Diesel Turun Lagi Mulai 1 Feb 2015

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>