Gaya Hidup

Harga RON95, RON97, Diesel Turun Lagi Mulai 1 Feb 2015

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Harga runcit petrol RON95 diturunkan 21 sen seliter kepada RM1.70 seliter manakala harga RON97 sebanyak 11 sen seliter kepada RM2 seliter berkuat kuasa 1 Feb 2015.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit diesel pula diturunkan 23 sen seliter kepada RM1.70 seliter.Beliau berkata kerajaan pada 21 Nov 2014 memutuskan bahawa penetapan harga runcit RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Dis 2014.

 

“Harga baharu bagi petrol dan diesel dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Januari 2015 dan kadar pertukaran matawang,” kata menteri itu dalam satu kenyataan di ibu negara, Sabtu malam.

Hasan berkata kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

“Semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan ini,” katanya.

–BERNAMA

petrolpump1 (1)
Previous post

Mee Goreng Bangkok Lane @ Ameen Bistro #JejakMakanRoss 008

Next post

Memperkenalkan STR10 Kereta F1 Musim 2015 Pasukan Toro Rosso

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *