Berita Auto

Volkswagen Malaysia Lancar Golf Yang Telah Dipertingkat Dan Padat Dengan Ciri Tambahan

Volkswagen Malaysia berbesar hati untuk mengumumkan Golf yang telah dipertingkatkan dengan cirri-ciri tambahan baharu pada harga lebih rendah. Dua varian ditawarkan – Golf Highline berharga RM159, 888* dan Golf Comfortline pula berharga RM149,888* seunit.

Golf cukup terkenal di seluruh dunia. Ia telah memenangi banyak anugerah seperti kereta terbaik dunia (World Car of the Year) pada tahun 2009 dan 2013 serta kereta terbaik Eropah (European Car of the Year) untuk tahun 1992 dan 2013. Pengiktirafan itu diberi kerana Golf menjanjikan tarikan tersendiri kepada orang ramai. Malah model ini masih dianggap sebagai salah satu model paling diminati dalam rangkaian kenderaan Volkswagen.

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, “Golf sentiasa menjadi salah sebuah model ikonik Volkswagen sejak ia melakukan debut pada tahun 1974. Tujuh generasi kemudian, Golf telah melalui penambahbaikan yang mengagumkan dari segi teknologi dengan menampilkan kejuruteraan Jerman. Ia juga menjadi sebuah kereta yang disukai oleh rakyat Malaysia. Dengan Golf yang telah dipertingkatkan ini, kami yakin bahawa para pemandu akan mendapati ciri-ciri tambahan tersebut sangat berguna dan melengkapkan lagi pemanduan mereka. Kini, menerusi harga yang lebih rendah dan padat dengan ciri-ciri baharu, Volkswagen Malaysia komited untuk membuatkan kenderaan kami lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia.”

Golf 1.4 Highline yang telah dipertingkat ditawarkan pada harga RM159,888* hadir bersama:-

  • Tambahan Ciri Teknologi

Golf yang telah dipertingkatkan itu menawarkan pemanduan lebih mudah menerusi teknologi termaju dan kejuruteraan terbaik Jerman.

Salah satu ciri baharu yang ditambah ialah Keyless Entry & Push Start (KESSY). Teknologi ini membolehkan pemandu menghidupkan enjin dengan hanya menekan butang tanpa perlu memasukkan kunci ke dalam ruang pencucuhan (ignition).

Ciri-ciri tambahan yang berguna seperti Park Assist dan Rest Assist pula meningkatkan pengalaman pemanduan secara keseluruhannya. Ciri ini membolehkan kereta diparkir sendiri dengan hanya menekan satu butang. Pemandu hanya perlu menekan pedal. Sementara sistem  pengesan kepenatan yang canggih mampu mengesan tahap konsentrasi pemandu dengan menilai penggunaan pedal dan stereng secara pintar.

  • Reka Bentuk yang Dinaik Taraf  

Menggunakan rim Madrid bersaiz 17”, Golf yang telah dipertingkatkan itu bukan sahaja tampil lebih menarik, malah menawarkan pemanduan lebih stabil kepada pemandu. Dalam usaha meningkatkan aspek keselamatan, lampu belakang LED dipasang agar lebih mudah dilihat di atas jalan raya.

Golf yang telah dipertingkatkan ini juga menawarkan pemanduan sporty melalui tempat duduk sports bersama fabrik “Mel Stripe” untuk ‘cengkaman’ yang lebih baik. Jadi, pemandu boleh duduk dengan lebih selesa ketika memandu.

  • Enjin dan Prestasi

Kuasa enjin petrol empat silinder pancitan terus 1.4L TSI turbocharged yang dipasang pada Golf  ini telah ditingkatkan menjadi 150PS, naik sebanyak 10PS berbanding model terdahulu.  Sementara kuasa tork maksimum pula ialah 250Nm yang boleh dicapai pada putaran ejin serendah  1,500rpm hingga 3,500rpm. Enjin ini kemudian dipadankan dengan kotak gear Direct Shift Gearbox (DSG) 7 kelajuan yang membolehkan jentera ini memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 8.2 saat dengan pecutan maksimum 216km/j.

Digabungkan dengan kejuruteraan Jerman yang terbaik, ia membolehkn pemandu menikmati pemanduan yang selamat, lancar, penukaran gear lebih baik serta menjimatkan bahan api. Penggunaan teknologi enjin TSI dan DSG memberikan penjimatan kepada Golf. Ia membolehkan pemandu mencapai jarak sejauh 20km bagi setiap liter petrol atau 5 liter bagi setiap 100km.

Golf yang telah dipertingkatkan untuk kedua-dua varian Highline dan Comfortline ini sudah boleh ditempah di semua pengedar sah Volkswagen. Ia didatangkan dalam enam warna berbeza – kelabu (Limestone Grey), merah (Sunset Red), putih (Pure White), hitam (Deep Black), biru (Pacific Blue) dan perak (Tungsten Silver).

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my atau kunjungi mana-mana pengedar sah Volkswagen.

Screen Shot 2016-03-24 at 12.41.35 AM

Screen Shot 2016-03-24 at 12.41.59 AM

 

Previous post

Toyota CAMRY E-SPORT Di Thailand

Next post

Hyundai Di Kedudukan No.1 Tujuh Tahun Berturut-turut

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *