Cerita Auto

UMW Toyota Tawar Ganjaran Hebat April ini

Bulan April ini, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menawarkan ganjaran yang besar untuk pelanggan yang membeli model Toyota. Ganjaran untuk model Toyota yang terpilih akan diberi kepada pelanggan untuk pembelian mereka dari mana-mana bilik pameran UMWT atau wakil penjual yang sah di seluruh negara, sehingga 30 April 2016.

Screen Shot 2016-04-06 at 6.57.20 PM

Bergantung kepada model dan varian, ganjaran termasuk rebat tunai yang menarik sehingga RM4,000 akan membantu mengurangkan jumlah pinjaman sewa beli (HP) yang diambil oleh pelanggan, dengan itu mengurangkan ansuran bulanan.

Screen Shot 2016-04-06 at 6.57.58 PM

Bagi mereka yang membeli Toyota Vios, Corolla Altis atau Camry Hybrid, terdapat juga servis berjadual percuma selama 5 tahun dan Toyota Vios dan Corolla Altis juga datang dengan aksesori bernilai sehingga RM7,200.

Toyota-Camry

Aksesori termasuk sistem infotainment DVD audio-video maju dengan navigasi GPS, kamera undur, Aerokit dan perakam video digital.

 

 

Toyota Vios TRD

 

Previous post

UMW Toyota Memanggil Balik Lexus ES Akibat Isu Aktuator Brek

Next post

Jalan Berlubang Punca Kesesakan Jalan Dan Kemalangan

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>