Berita Auto

Banjir: Perodua Tawar Bantuan Pada Mangsa

Perodua menawarkan bantuan kepada semua pelanggannya yang terjejas akibat banjir kilat di beberapa kawasan di ibu kota baru-baru ini. Syarikat itu akan menyediakan bantuan dalam bentuk perkhidmatan menunda, diskaun ke atas alat ganti terpilih dan pemeriksaan bebas untuk menentukan jumlah kerosakan pada kenderaan.

Pelanggan Perodua yang kenderaan mengalami kerosakan akibat banjir digalakkan untuk menghubungi talian bebas tol khidmat pelanggan percuma Perodua di 1-800-88-6600 untuk bantuan.

Mengenai bantuan yang diberikan, Ketua Pegawai Eksekutif Perodua , Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata pelanggan boleh menuntut perkhidmatan tunda (sehingga RM100) untuk dihantar ke pusat servis Perodua yang terdekat.

Di samping itu, Perodua turut menawarkan diskaun 20% untuk alat-alat gantian terpilih – termasuk semua alatan elektronik, karpet, tempat duduk, perapi pintu dan gasket – untuk pelanggan-pelanggan yang terjejas akibat banjir.

Previous post

BMW Motorrad Perkenal Intelligent Emergency Call

Next post

6506 Permohonan Untuk Memiliki Ford GT Semua Baru Setiap Bulan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *