Motosikal / Lain Lain Roda

BMW Motorrad Perkenal Intelligent Emergency Call

Banyak kes kemalangan maut terutamanya di kalangan penunggang motosikal dapat dicegah jika bantuan tiba ke tempat kejadian secepat yang mungkin. Untuk tujuan ini, BMW Motorrad telah memperkenalkan sistem keselamatan Intelligent Emergency Call atau eCall yang ditawarkan sebagai ciri tambahan untuk motosikalnya dalam pasaran Eropah.

eCall_Chart_2016_04_27

Jika berlaku kemalangan, sistem eCall (diaktifkan secara manual atau automatik) akan menghantar lokasi kejadian kepada pusat panggilan yang kemudiannya akan menghantar bantuan. Sistem in berfungsi degan menggunakan talian telefon bimbit melalui sebuah modul.

Sistem keselamatan terbaru dari BMW ini akan diaktifkan secara automatik apabila motosikal jatuh atau berlaku kemalangan. Dalam kes yang tidak serius seperti “jatuh bodoh”, pusat panggilan hanyak akan dimaklumkan selepas 25 saat. Penunggang juga boleh membatalkan bantuan.

BMW Motorrad eCall 02

Penunggang juga boleh menekan butang SOS secara manual. Sistem ini juga merangkumi pembesar suara dan mikrofon yang boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan pusat bantuan.

Selain daripada alatan tersebut, sistem ini juga menggunakan sensor-sensor tertentu untuk mengesan jenis kemalangan. Crash sensor mengesan jika motosikal terlibat dalam perlanggaran dengan kenderaan lain, manakala banking angle sensor pula mengesan high-side dan low-side.

 

 

 

 

Previous post

Honda HR-V Sekarang Datang Dalam Dark Ruby Red Pearl dan Dapat Rim 17" Baru

Next post

Banjir: Perodua Tawar Bantuan Pada Mangsa

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *