Berita Auto

BMW Rai Ulangtahun Ke-30 M3 Dengan Model Edisi Terhad

Sejak diperkenalkan pada tahun 1986, nama BMW M3 terus dijulang sebagai salah satu kereta sports saiz sederhana yang terbaik di dunia. Model istimewa M3 Edisi Ulangtahun ke-30 ini dibina untuk meraikan kejayaan kereta tersebut dan ianya terhad kepada 500 unit sahaja untuk pasaran seluruh dunia.

BMW M3 30 Years 05

Kereta ini didatangkan dalam warna “Macao Blue” metalik yang juga pernah ditawarkan untuk model M3 generasi pertama. Ia juga dihiasi dengan tip ekzos berwarna hitam krom, logo khas “30 Years M3” di bahagian hadapan, serta rim aloi 20 inci dengan reka bentuk bintang ‘666 M’ yang pertama diperkenalkan pada model M4 GTS.

BMW M3 30 Years 04

Bahagian dalamannya pula dikemaskinikan dengan sulaman khas pada tempat duduk, kemasan kulit Merino dwi-tona dan juga plat nombor siri pengeluaran di bahagian papan pemuka.

BMW M3 30 Years 03

Didatangkan standard dengan Competition Package, M3 Edisi Ulangtahun ke-30 ini menghasilkan kuasa sebanyak 444 hp yang datang dari enjin 3.0 liter enam silindernya. Aspek pengendaliannya dipertingkatkan lagi dengan penambahan sistem gantungan dan differential Adaptive M, serta mod pemanduan (Comfort, Sport dan Sport+) yang diubahsuai.

BMW M3 30 Years 01

Di Jerman, model edisi khas ini dijual dengan harga tambahan sebanyak €10,000 jika dibandingkan dengan M3 biasa yang dipasang Competition Package. Ia akan berada di pasaran bermula pertengahan tahun ini.

Previous post

Beratus-ratus Kereta Hyundai Bersedia Untuk UEFA EURO 2016 ™

Next post

Art of Speed 2016 Terima 30,000 Pengunjung

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *