Berita Auto

Honda HR-V Kini Dengan Pilihan Warna Dark Ruby Red Pearl

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan warna baharu Dark Ruby Red Pearl untuk model HR-V. Warna baru itu, yang pada awalnya ditawarkan pada model Jazz dan City, dipadankan dengan rim bersaiz 17 inci dengan rekaan terkini.

Sejak dilancarkan pada Februari 2015, Honda Malaysia telah berjaya menjual sebanyak 28,500 unit HR-V sehingga April tahun ini. Dengan sasaran jualan sebanyak 1,500 unit sebulan, syarikat itu yakin warna baharu itu akan diterima baik oleh orang ramai.

Honda HR-V Dark Ruby Red Pearl 01

Selain itu, rak belakang baharu turut ditawarkan kepada pemilik HR-V sebagai aksesori tambahan. Ia boleh didapati di semua 88 pengedar sah Honda pada harga RM550 (termasuk GST).

HR-V dikuasai enjin 1.8 liter SOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi jenis CVT, menjadikan ia berstatus kenderaan cekap tenaga (EEV). Ia juga mempunyai kelebihan dari segi praktikaliti dengan tempat duduk belakang yang boleh dikonfigurasikan kepada beberapa mod.

Honda HR-V_Multi-Utility Cargo Space

Dari segi keselamatan pula, model HR-V datang dengan ciri-ciri seperti Automatic Brake Hold dan Electric Parking Brake. Ia juga mendapat rating 5 bintang dari ASEAN NCAP.

Menurut Honda Malaysia, walaupun permintaan terhadap HR-V adalah tinggi, ia masih mampu mengekalkan tempoh menunggu antara 1 hingga 2 bulan dengan meningkatkan kadar pengeluaran.

Previous post

Perodua Tawar Bantuan Kepada Mangsa Banjir di Kuala Lumpur

Next post

BMW Group Malaysia Perkenalkan Program Perlindungan Insurans Terbaik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *