Gaya Hidup

Lamborghini Squadra Corse Umum Senarai Peserta Program Pemandu Muda 2016

Program Pemandu Muda, salah satu dari empat program-program bakat anjuran Lamborghini Squadra Corse, akan bermula untuk tahun ketiga. Bagi musim 2016, 13 pemandu yang berusia 26 tahun ke bawah telah dipilih untuk menyertai tiga siri benua Lamborghini Blancpain Super Trofeo yang akan dijalankan di Eropah, Asia dan Amerika Utara. Berikut adalah senarai pemandu yang akan menyertai program tersebut:

Lamborghini Super Trofeo Young Drivers Programme

Seperti edisi-edisi yang lepas, Program Pemandu Muda ini bertujuan untuk melatih serta membimbing anak-anak muda untuk menjadi profesional dalam bidang sukan bermotor. Mereka akan dilatih dari aspek teknikal yang melibatkan kereta lumba Huracán LP 620-2 Super Trofeo dan juga kecergasan fizikal termasuk nutrien.

Lamborghini Huracan LP 620-2 Super Trofeo_2

Selain itu, bakat-bakat muda ini juga akan didedahkan dengan nilai-nilai dan prinsip jenama Lamborghini melalui lawatan kilang di Sant’Agata Bolognese dan sebagainya.

Previous post

Perodua Twerkbot Kembali Lagi Ramadhan Dan Aidil Fitri Ini

Next post

Perlumbaan Drag Battle Series Sepang 2016 Dibatalkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>