Motosikal

Yamaha XV950 Cafe Racer Diperkenalkan – RM55,000

Setelah melancarkan Yamaha XV950R Bolt pada Oktober tahun lalu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) kini tampil pula dengan Yamaha XV950 Cafe Racer yang direka khas untuk mereka yang mementingkan gaya tersendiri.

2016 Yamaha XV950 Cafe Racer 60th Anniversary 02

Model yang diimport sepenuhnya (CBU) ini didatangkan dengan skim warna kuning dan jalur hitam bersempena sambutan ulangtahun ke-60 Yamaha. Bagaimanapun, spesifikasi teknikal XV950 Cafe Racer kekal sama seperti XV950R Bolt dimana ianya dikuasai oleh enjin dua silinder berkapasiti 942 cc yang menghasilkan 52.1 PS dan tork sebanyak 79.5 Nm.

2016 Yamaha XV950 Cafe Racer 60th Anniversary 03

Di samping itu, XV950 Cafe Racer juga mempunyai penyerap hentak belakang jenis gas, rim aloi 12 jejari, serta cakera brek 298 mm gaya beralun dengan ABS. Gaya sporti model ini dipertingkatkan lagi dengan kehadiran panel sisi aluminium dan tempat duduk tunggal lengkap dengan penutup belakang.

2016 Yamaha XV950 Cafe Racer 60th Anniversary 01

Menurut pihak HLYM, Yamaha XV950 Cafe Racer kini boleh didapati di pengedar-pengedar sah jenama itu dengan harga RM55,000 (termasuk GST).

 

Previous post

Tempahan Untuk Kia Sorento Serba Baharu Dibuka

Next post

Alami Kuasa Yang Anda Selalu Kehendaki di Roadshow Pantai Timur Dengan Caltex Lubricants

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>