Motosikal / Lain Lain Roda

Adam Dapat Tips Berharga Dari Zulfahmi Untuk MotoGP Catalunya

Pelumba muda Moto3 kelahiran Malaysia, Adam Norrodin yang mewakili DRIVE M7 SIC Racing Team bakal mendapat sokongan tambahan dan bimbingan di kejohanan MotoGP Catalunya hujung minggu ini, dari Zulfahmi Khairuddin.

Zulfahmi, yang sedang bercuti selama tiga minggu sebelum perlumbaan seterusnya dalam kejohanan WorldSSP, terbang ke Barcelona bersama Ketua Pegawai Eksekutif SIC Dato’ Razman Razali untuk memberi sokongan kepada Adam serta rakan sepasukannya Jakub Kornfeil.

Drive M7 SIC Racing Team

Menurut Zulfahmi yang pernah berlumba dalam kelas GP 125cc dan Moto3, Adam telah mempamerkan aksi terpuji sepanjang musim ini, terutamanya semasa perlumbaan di Argentina di mana dia mempunyai peluang untuk mengakhiri perlumbaan di tempat kedua di belakang Khairul Idham Pawi.

Kini berlumba untuk pasukan Orelac Racing VerdNatura dalam WorldSSP, Zulfahmi berkata bahawa bekas rakan sepasukannya Kornfeil juga beraksi cemerlang sepanjang musim ini. Selepas enam pusingan, Kornfeil duduk di tempat ke-7 dengan 36 mata manakala Adam, yang menyambut harijadi ke-18 pada 13 Jun ini, di tangga ke-24 kejohanan dengan lima mata.

Sementara itu, Zulfahmi kini di tempat ke-10 WorldSSP dengan 40 mata. Perlumbaan seterusnya akan mengambil tempat di Misano dari 17-19 Jun ini.

 

Previous post

Hyundai-Sime Darby Motors Tawar Pemeriksaan Keselamatan 12 point Percuma Untuk Semua Kereta

Next post

London Black Cab Bertukar Electric

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *