Gaya Hidup

Barisan Artis Grand Prix Singapura 2016 Diumumkan – Queen + Adam Lambert, Kylie Minogue, Bastille, Pentatonix & KC and the Sunshine Band

GP Singapura Pte Ltd hari ini mengumumkan barisan hiburan fasa pertama untuk Formula 1 Singapore Airlines Singapore Grand Prix 2016 yang akan diadakan pada 16 hingga 18 September ini. Menambah kemeriahaan di litar Marina Bay Street adalah Queen + Adam Lambert, Kylie Minogue, Bastille, Pentatonix dan KC and the Sunshine Band.

Kylie 2

Persembahan akan bermula dengan Kylie Minogue pada hari pertama, diikuti oleh Bastille dan Queen + Adam Lambert pada hari kedua. Kumpulan acappella kelahiran Texas iaitu Pentatonix akan membuat persembahan pada 17 dan 18 haribulan manakala KC and the Sunshine Band akan beraksi pada 16 dan 17 haribulan.

Pentatonix 2

Sementara itu, Padang Stage yang akan menjadi tuan rumah Kylie, Bastille dan Queen + Adam Lambert akan dipindahkan ke tapak baharu yang terletak di antara Padang Grandstand A dan Padang Grandstand B, berhadapan dengan Connaught Drive dan Esplande Park. Ini akan meningkatkan kapasiti dan memecahkan orang ramai kepada enam kumpulan untuk kawalan yang lebih terjamin.

Padang Stage New Layout

Pengunjung boleh mendapatkan makanan dan minuman di Portside Hawkers bersebelahan dengan Kelab Rekreasi Singapura dan juga di Dockside Hawkers yang terletak di sebelah Kelab Kriket Singapura. Susun atur baharru ini akan menyediakan akses yang lebih mudah daripada Park Circuit melalui Jalan St. Andrew dan Jalan Fullerton.

Verizon Wireless Amphitheater

Persembahan ini dibuka kepada semua pemegang tiket Formula 1 Singapore Airlines Singapore Grand Prix 2016 yang dijual pada harga $76 hingga $268. Tiket boleh didapati melalui www.singaporegp.sg , hotline +65 6738 6738 atau semua ejen tiket yang sah.

Previous post

Chris Hoy Sedia Untuk Debut Di 24 Hours of Le Mans

Next post

Promosi Balik Kampung Raya Proton Serendah RM367 Sebulan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *