Gaya Hidup

Gangguan Bekalan Air Dan Tekanan Rendah Di Kawasan R&R Gambang

Syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad ingin memaklumkan bahawa berlaku gangguan bekalan air di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang Pahang, di kedua-dua hala susulan tekanan air yang rendah dan penurunan paras air kolam, sekali gus menjejaskan peniaga dan pengguna di kawasan berkenaan.

Masalah ini berlaku berikutan R&R Gambang yang terletak di kawasan berbukit dan air tidak dapat disalurkan sepenuhnya apabila paras penggunaan meningkat, terutama di hujung minggu dan cuti perayaan.

Bagi mengurangkan kesan gangguan terhadap peniaga dan pengguna,  pihak  konsesi LPT bagi komponen Lebuhraya KL-Karak dan LPT Fasa 1 (LPT 1) itu telah mengambil langkah segera dengan menyediakan lori tangki untuk membekalkan sumber air bersih ke kawasan berkenaan buat sementara waktu.

Screen Shot 2016-06-08 at 9.37.11 PM

Sehubungan itu, ANIH Berhad juga ingin menasihati pengguna untuk menggunakan alternatif R&R dan Hentian Sebelah berikut bagi menikmati kemudahan yang disediakan :-

Hala Timur

1. Hentian Sebelah Lanchang

2. R&R Temerloh

3. Hentian Sebelah Maran

4. Hentian Sebelah Kuantan

Hala Barat

1. Hentian Sebelah Kuantan

2. Hentian Sebelah Maran

Pengguna LPT disarankan mengikuti laman sosial rasmi iaitu Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan laman Twitter @LPTTrafik bagi mengetahui perkembangan terkini status bekalan air Di LPT.

Mesej turut di paparkan menerusi papan tanda elektronik (VMS) di sepanjang lebuh raya bagi membolehkan pengguna membuat persediaan awal dengan berhenti di kawasan R&R atau hentian sebelah yang lain.

Walaupun kemudahan bekalan ini adalah bersifat sementara, pihak ANIH Berhad ingin memohon maaf di atas segala kesulitan yang bakal ditempuhi oleh pengguna.

Screen Shot 2016-06-08 at 9.38.03 PM

Previous post

Nikmati Promosi Hari Raya Besar-Besaran Dari Mitsubishi Motors Malaysia

Next post

Nissan GT-R 2017 Telah Dilancarkan Di Amerika Syarikat

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *