Gaya Hidup

Jazeman Jaafar Pamer Aksi Bertenaga Di Paul Ricard

Jazeman Jaafar menunjukkan aksi pemanduan yang meyakinkan di litar Paul Ricard hujung minggu lalu. Berlumba dengan Mercedes-AMG GT3 untuk HTP Motorsport, pemandu Malaysia itu menyertai rakan sepasukan Maxi Buhk dan Dominik Baumann bagi perlumbaan selama enam jam dalam Blancpain Endurance Series.

Walaupun pemanduan hebat dari Jazeman meletakkan pasukan itu di tempat ketiga dari kedudukan ke-14, isu kotak gear semasa perlumbaan berbaki dua jam memaksa Maxi untuk memberhentikan kereta #84 mereka di litar, sekaligus mengakhiri perlumbaan.

BES_Paul_Ricard_162749

Anak tempatan berusia 23 tahun itu tiba di Paul Ricard dengan semangat baru selepas kejayaannya di Silverstone, walaupun mengetahui sekatan Balance of Performance (BoP) akan menjejaskan prestasi kereta. Jangkaan itu terbukti benar apabila dia hanya berjaya mencatat masa ke-29 terpantas semasa sesi latihan pada hari Jumaat. Bagaimanapun, dengan beberapa pengubahsuaian, dia mencatat masa ketiga terpantas semasa sesi pra-kelayakan. Sesi kelayakan hari Sabtu pula menyaksikan Jazeman dan pasukannya mencatat masa ke-17 terpantas untuk memulakan perlumbaan di baris kesembilan grid.

Memulakan perlumbaan, Dominik berjaya merampas kedudukan di tempat ke-14 di akhir jam pertama perlumbaan. Selepas itu, kereta diserahkan kepada Jazeman yang pantas mengejar pesaing lain. Dia memotong Lamborghini untuk tempat kelima, kemudian melepasi Ferrari untuk tempat keempat, dan memecut laju untuk memotong Audi sebelum berhenti untuk mengisi minyak. Kembali ke trek di tempat kelima, Jazeman merampas kedudukan keempat sebelum kereta diserahkan kepada Maxi untuk dua jam terakhir perlumbaan.

BES_Paul_Ricard_165059

Pelumba Jerman itu hanya sempat memandu untuk beberapa pusingan sebelum dipaksa keluar dari perlumbaan atas isu kotak gear. Ia merupakan pengakhiran yang mengecewakan untuk HTP Motorsport.

Jazeman kini bertukar fokus kepada Blancpain Sprint Series, yang akan diadakan hujung minggu ini di Nurburgring.

 

Previous post

Shell Malaysia Akan Derma 1 Sen Untuk Setiap 1 Liter Minyak Yang Dipam

Next post

Volvo Menghantar Zlatan Ibrahimović Dengan Video Terbaik Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *