Berita Auto

Volvo Umum V40 T5 Drive-E – RM192,888

Rangkaian kuasa Drive-E Volvo yang menawarkan gabungan prestasi dan kecekapan bahan api kini boleh didapati pada model Volvo V40 T5.

Drive-E 4 cylinder Petrol Engine - T5 Rear

Digandingkan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan, V40 T5 Drive -E menghasilkan 245 hp dan tork maksimum 350 Nm dari 1,500 rpm hingga 4,800 rpm. Ini membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.3 saat dan mencapai kelajuan maksimum 240 km/j.

Volvo V40 T5 Drive-E 05

Walaupun mengeluarkan 32 hp dan 50 Nm lebih daripada sebelumnya, model ini lebih efisyen dengan kadar penggunaan bahan api 6.1L/100 km dan pelepasan CO2 yang lebih rendah iaitu 143 g/km.

Volvo V40 T5 Drive-E 04

Lennart Stegland, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia berkata V40 T5 menawarkan ciri-ciri keselamatan terbaik dalam kelasnya seperti City Safety, Blind Spot Information System, Cross Traffic Alert and Park Assist Pilot.

Volvo V40 T5 Drive-E 03

Harga runcit (harga atas jalan, tanpa insurans, termasuk GST) bagi Volvo V40 T5 Drive-E adalah RM192,888, termasuk jaminan lima tahun dan khidmat Volvo-on- Call Roadside Assist selama lima tahun. Ia boleh didapati dalam lima warna iaitu Ice White, Ember Black, Raw Copper, Bright Silver dan Osmium Grey.

 

Previous post

3 Abdul Kereta Kita Buat Lawak / Borak Forester

Next post

Porsche 911 Carrera Generasi Baharu Dilancarkan - Dari RM870,000

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *