Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha SCR950 Untuk Peminat Scrambler Di US

Yamaha telah memperkenalkan model SCR950  baharu yang merupakan sebahagian dari barisan Sport Heritage-nya. Sayang sekali, motosikal ini hanya ditawarkan di Amerika Syarikat buat masa ini.

2017 Yamaha SCR950 02

SCR950 dibangunkan berasaskan model XV950 Bolt dan ditambah dengan profil yang lebih rendah, komponen-komponen ‘scrambler’ serta subframe baru. Ia menggunakan kerangka buaian berkembar yang direka untuk tunggangan sporty dan tempat duduk rata yang sesuai untuk semua golongan.

2017 Yamaha SCR950 03

Secara visual, gaya scrambler-nya diserlahkan lagi dengan bar hendal yang lebih tinggi dan lebar, nombor plat ala retro, pelindung sepit udang dan juga roda aluminium jejari lidi. Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri moden seperti lampu LED dan boleh dipasang dengan aksesori tambahan lain.

2017 Yamaha SCR950 04

Seperti XV950, SCR950 ini dikuasakan oleh enjin 942 cc dengan silinder V berkembar yang menjana 49 hp. Sistem penggantungannya terdiri dari sepit udang terbalik 41 mm di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang. Brek cakeranya pula bersaiz 298 mm di kedua-dua bahagian.

 

 

Previous post

Jaminan Pengilang Vs Jaminan Lanjutan

Next post

Volvo Tawarkan Pakej R-Design Untuk S90 Dan V90

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *