Motosikal / Lain Lain Roda

Benelli TNT 25 Black Edition Dilancarkan – Harga dari RM12,990

Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd telah memperkenalkan model TNT 25 Black Edition baharu. Dari sudut spesifikasi, jentera ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan TNT 25 yang dilancarkan sebelum ini, cuma ia didatangkan dalam warna hitam matte yang dipadankan dengan beberapa kompenen merah.

Benelli TNT Black Edition 01

Warna baru ini juga menggantikan warna hijau yang ditawarkan sebelum ini, dengan warna merah kekal sebagai pilihan. Seperti sebelum ini, TNT 25 menampilkan enjin 249 cc silinder tunggal dengan penyuntikan bahan api yang menghasilkan 25.2 hp dan 21.5 Nm tork. Motosikal itu juga mempunyai sepit udang hadapan jenis terbalik dan spring teleskopik di bahagian belakang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Yang paling penting, Benelli TNT 25 Black Edition mengekalkan harga yang sama seperti sebelum ini iaitu RM12,990 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan GST).

 

Previous post

Periksa Status Kenderaan Anda Di Laman Web UMW Toyota

Next post

Apa Harus Anda Lakukan Bila Trak Pikap Anda Hilangan Kestabilan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *