Motosikal / Lain Lain Roda

Harley-Davidson Lancar Tiga Model 2016 Baharu

Berikutan kejayaan pelancaran Harley-Davison Dark Series awal tahun ini, pengedar jenama itu iaitu Naza Prestige Bikes telah melancarkan tiga model 2016 baharu untuk pasaran Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ketiga-tiga model tersebut iaitu Roadster, Softail Slim S dan CVO Pro Street Breakout didedahkan di satu majlis di ibu pejabat Harley-Davidson Kuala Lumpur bertempat di Naza Automall.

Roadster (Harga jualan bersih: RM110,000)

Harley-Davidson

Model ini meletakkan tahap ‘sport’ baru dalam barisan model Sportster. Pakejnya diperbaharui termasuk sepit udang terbalik 43mm dengan ‘triple clamp’, brek hadapan dwi-cakera dan panel instrumen gaya baharu yang sesuai dengan tangki minyak ikonik serta ‘ekor’ belakang yang dipotong. Kedudukan menunggangnya agresif tetapi selesa untuk perjalanan jauh dengan tayar 19 inci (hadapan) dan 18 inci (belakang), bar hendal rendah dan tempat duduk baharu. Enjin 1,200 cc, 45-darjahnya menyalurkan tork berkuasa.

Pilihan warna: Velocity Red Sunglo, Billet Silver, Black Denim, Vivid Black

Softail Slim S (Harga jualan bersih: RM160,000)

Harley-Davidson

Apa yang hebat dengan Softail Slim diperhebatkan lagi dengan kehadiran model terbaru ini. Untuk permulaan, kuasa enjin Screamin’ Eagle Twin Cam 110 tersebut telah ditambah. Tema askar diketengahkan dengan cat hijau zaitun dan kemasan hitam pada beberapa komponen termasuk triple clamp, cecincin lampu hadapan, tuil brek dan ekzos.

Pilihan warna: Olive Gold Denim, Vivid Black

CVO Pro Street Breakout (Harga jualan bersih: RM210,000)

Harley-Davidson

Model ini berkisar tentang gaya gelap dan jumlah tork yang besar. Motosikal ‘muscle’ ini dipadankan dengan tayar belakang 240 mm, tempat duduk berinspirasikan perlumbaan dan hendal bar untuk posisi menunggang yang bertenaga. Enjin Screamin’ Eagle Twin Cam 110B, sepit udang terbalik dan brek hadapan dwi-cakera menyerlahkan lagi prestasi yang setaraf dengan imejnya.

Pilihan warna: Starfire Black/Starfire Black, White Gold Pearl/Starfire Black

 

 

Previous post

Yamaha Ego Avantiz Kini Tiba - Harga Dari RM5,700

Next post

Piala Audi R8 LMS Ke Thailand Buat Julung Kali

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *