Gaya Hidup

Pemenang Bertuah ‘Release the Power of X’ Bawa Pulang Yamaha FZ150i

Chevron Malaysia Limited, yang memasarkan Caltex Lubricants, Havoline dan Delo menutup tirai kempen promosi X-Men: Apocalypse – ‘Release the Power of X’.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Promosi itu diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang cabutan bertuah, Chung Guang Yao dari Klang yang membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah Yamaha FZ150i. “Sebagai pelanggan setia Caltex dan peminat filem X-Men, saya gembira dapat memenangi hadiah utama,” ujar Chung.

“Di Caltex, pelanggan adalah keutamaan kami dan kami sentiasamemastikan tawaran kempen dan promosi baru dan menarik,” kata Asim Khan, Pengurus Pernigaan Kawasan, Kluster, Asia Pasifik.

Semasa tempoh cabutan bertuah, peserta dikehendaki membeli minyak enjin Havoline dan Delo di mana-mana stesen servis Caltex atau bengkel Caltex Lubricants. Setiap kotak hadiah promosi mengandungi baju-T X-Men: Apocalypse dan peluang cabutan bertuah untuk memenagi barangan eksklusif X-Men seperti topi Magneto, beg, ‘hoodies’ dan tiket wayang.

Promosi ‘Release the Power of X’ bermula pada 1 April 2016 dan berlangsung selama 9 minggu sebelum berakhir pada 12 Jun. Sepanjang tempoh promosi, Chevron Malaysia telah memberi ganjaran kepada lebih 80 pelanggan bertuah.

 

Previous post

Bantu Mula [Jump Start] Ketika Kecemasan: Apabila Berasa Ragu, Rujuk Buku Panduan Pemilik Proton

Next post

Volkswagen Dieselgate Denda Meningkat Sehingga USD 86 Juta

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *