Berita Auto

Rolls-Royce Tayang Rangka Aluminium Phantom Generasi ke-8

Nampaknya program pembangunan Rolls-Royce Phantom generasi ke-8 yang dianggap sebagai ‘kereta terbaik dunia’ sedang berjalan lancar. Terkini, pengeluar kereta mewah itu telah mendedahkan imej rangka aluminium terkini yang bukan sahaja digunakan untuk model 2018 itu, malah untuk model Rolls-Royce yang lain juga.

Sementara itu, model Phantom generasi ke-7 masih mendapat sambutan hangat sejak penggantinya diumumkan pada bulan Februari. Kesemua 50 unit Phantom Coupe dan Phantom Drophead Coupe edisi terakhir telahpun dibeli.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Tambahan pula, pengedar-pengedar jenama itu juga meminta Rolls-Royce untuk mengeluarkan model-model Bespoke Collections dan ‘one-off’ sebelum pemasangan ditutup pada 31 Disember tahun ini. Untuk itu, Rolls-Royce telah bersetuju untuk membina beberapa model individu yang akan ditawarkan mulai tahun hadapan.

 

Previous post

Ducati Rai Harijadi Ke-90 Dengan 1299 Panigale S Anniversario

Next post

Acura NSX GT3 Sedia Untuk Berlumba

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *