Gaya Hidup

Empat Pemilik Lexus Bakal Bertanding di Lexus Cup 2016 di Vietnam

Lexus Malaysia akan menghantar empat pemilik Lexus untuk bertanding di kejohanan golf Lexus Cup 2016 yang akan diadakan di kelab golf Montgomerie Links di Da Nang, Vietnam.

Empat individu tersebut adalah pemenang peringkat daerah kejohanan Lexus Golf Invitational 2016 yang berlangsung pada Julai dan Ogos. Mereka adalah Tham Kim Seng (Utara), Tan Yeow Kwang (Selatan) dan Moh Chee Leong (Zon Tengah). Seorang lagi peserta iaitu Chai Khoon Khow merupakan pemenang tempat kedua zon tengah.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Keempat-empat peserta akan berentap sesama mereka dan pemilik Lexus dari lain-lain negara dalam satu perlawanan persahabatan pada 10 September, sebelum menyertai pertandingan sebenar pada keesokan harinya. Montgomeri Links yang direka oleh pemain handalan Colin Montgomerie adalah salah sebuah kelab golf yang terbaik di Vietnam.

Pemenang kejohanan itu akan menerima hadiah penginapan di sebuah resort mewah dengan restoran Perancis bertaraf tiga bintang Michelin yang diiktiraf oleh World Travel Awards pada 2015. Mereka juga berpeluang untuk bermain dan bertemu ramah bersama beberapa pemain golf LPGA termasuk  Alison Lee, Jessica Korda, Azahara Munoz, dan Beatriz Recari.

 

Previous post

Michelin Pilot Sport Experience kembali ke Sepang

Next post

Ahli Team Toyota Menangani Terrain Amerika Latin Untuk Peningkatan Produk

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *