Motosikal / Lain Lain Roda

Ini Dia MV Agusta F4Z

MZ Agusta F4Z yang digembar-gemburkan sebelum ini telah pun didedahkan, iaitu seminggu lebih awal daripada tarikh debut rasminya. Model edisi istimewa itu dibangunkan oleh syarikat pembuat motosikal Itali itu bersama dengan firma reka bentuk yang tidak asing dalam dunia permotoran iaitu Zagato.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti yang dijangka, F4Z menggunakan model F4 sebagai platform. Tidak dapat dipastikan jika enjinnya ditala untuk lebih kuasa, namun dalam versi standard, F4 mendapat 195 hp dan 110.8 Nm tork dari enjin 998 cc empat silindernya.

Seperti rekaan Zagato yang lain, F4Z menampilkan gaya retro yang dimodenkan. Perubahan paling ketara terletak pada bahagian hadapan, di mana lampu berbentuk berlian F4 digantikan dengan lampu bulat. Keseluruhan bahagian belakangnya pula menampilkan rekaan kemas yang disudahi dengan warna merah.

Autodesk VRED Design 2016

Motosikal itu akan membuat penampilan rasminya pada 4 September ini di Paris.

Previous post

Nissan e-NV200 Menang Anugerah Kenderaan Perdagangan Jerman 2016

Next post

Volkswagen Capai Perjanjian Secara Prinsip Dengan Dealer Franchise Menyelesaikan Litigasi Diesel

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *