Gaya Hidup

Kempen Balik Kampung Shell Berjaya Kutip RM735,000

Shell telah berjaya meraih sumbangan sebanyak RM735,000 untuk kanak-kanak kurang bernasib baik semasa kempen amal ‘Balik Kampung’ baru-baru ini. Berjalan untuk tahun kedua berturut-turut dengan sokongan tambahan dari peruncit, kempen itu menyaksikan Shell mendermakan 1 sen bagi setiap liter minyak yang dibeli dari 1 hingga 3 Julai 2016.

Dana yang diraih dari sokongan pelanggan, peruncit dan rakan perniagaan Shell itu akan disalurkan ke enam organisasi amal yang terpelilih. Dua daripadanya memfokuskan kanak-kanak kurang bernasib baik dan merancang akan menggunakan bantuan itu untuk program pembangunan seperti kem kepimpinan, kelas komputer dan kelas masakan.

Manakala empat organisasi yang lain pula membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Dana tersebut akan digunakan untuk membiayai program-program sokongan seperti kemahiran berkomunikasi, terapi musik, kelas seni dan latihan deria serta kemahiran motor.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tahun lalu, kempen amal Shell menyaksikan kisah penuh inspirasi. Kutipan yang diperoleh membolehkan seorang pelajar kurang upaya iaitu Zulkifli Mohammad menghadiri kelas latihan yang akhirnya membolehkan beliau dipilih untuk mewakili negeri dalam kejohanan SUKOM 2016 baru-baru ini.

“Saya tidak tahu apa yang saya pandai, sehingga saya diberi peluang untuk mengambil kelas renang yang telah membantu menonjolkan keupayaan saya. Renang boleh menjadi karier saya pada masa hadapan, dan peluang untuk maju dalam kehidupan,” kata Zulkifli.

Previous post

Pandu Uji Ringkas BMW 330e Plug-in Hybrid

Next post

Ujian Bas Mini Tanpa Pemandu di Hernesaari, Helsinki, Finland

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *