Berita Auto

Land Rover Discovery Sport Diesel Kini di Malaysia

Jaguar Land Rover (Malaysia ) Sdn Bhd telah memperkenalkan Land Rover Discovery Sport versi diesel 2.2L SD4. Ia dijual pada harga RM450,000 (termasuk GST, tanpa cukai jalan, pendaftaran dan insurans).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

SUV kompak premium itu ditawarkan dengan pelan ansuran percuma sehingga 12 bulan atau pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan rebat tunai. Setiap unit yang dibeli didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau 150,000 km, atau penyelenggaran percuma sehingga 80,000 km dan bantuan tepi jalan selama tiga tahun.

Kenderaan itu dikuasakan oleh enjin turbodiesel 2.2 liter yang mampu menghasilkan 190 PS dan 420 Nm, yang seterusnya dipindahkan ke tayar melalui kotak gear automatik sembilan kelajuan.

Land-Rover-Discovery-Sport_7

Discovery Sport mempunyai gandar belakang jenis ‘multi-link’ yang membolehkan ia menawarkan 5+2 tempat duduk tanpa menjejaskan prestasi off-roadnya. Selain mampu meredah air setinggi 600 mm, ia juga mempunyai sistem Terrain Response yang menawarkan mod General, Grass/Gravel/Snow, Mud and Ruts, serta Sand.

Ciri-ciri keselamatan pula terdiri dari tujuh beg udara, Hill Descent Control (HDC), ABS, Electronic Traction Control (ETC), Electronic Power Assisted Steering (EPAS), Hill Start Assist, Roll Stability Control (RSC), dan Dynamic Stability Control (DSC).

Land-Rover-Discovery-Sport_6

Jaguar Land Rover Malaysia juga akan mengadakan jualan di bilik pamerannya pada 20 dan 21 Ogos ini. Orang ramai dijemput hadir untuk mengetahui lebih lanjut tentang promosi untuk model-model Land Rover dan Range Rover.

Previous post

Range Rover Sport Akan Menampilkan Enjin Diesel 2.0 Liter Tahun Depan

Next post

Kereta Tanpa Pemandu Menjelang 2020? Kata Bosch, Mungkin Tidak!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *