Berita Auto

Lotus Evora 400 Kini Boleh Didapati Dengan Carbon Pack, Ekzos Titanium dan Bateri Lithium Ion

Walaupun sudah 68 tahun beroperasi, Lotus masih setia pada prinsip keringanan yang diperkenalkan oleh pengasasnya iaitu Colin Chapman. Terkini, syarikat itu telah memperkenalkan barisan aksesori terbaru untuk Evora 400 termasuk pakej Carbon Pack, bateri lithium ion serta sistem ekzos titanium.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Lotus Evora 400 ialah kereta yang paling ringan dalam segmennya , dengan prestasi kereta super, pengendalian yang layak sebagai penanda aras dan pengalaman memandu yang diharapkan dari sebuah Lotus. Kami memberikan pelanggan peluang untuk memandu kereta yang lebih ringan dan lebih responsif,” Ketua Pegawai Eksekutif Group Lotus, Jean-Marc Gales berkata.

2017-CarbonPackLotusEvora400-02

Boleh didapati di mana-mana pasaran seluruh dunia, Carbon Pack menggunakan beberapa komponen yang sebenarnya dipasang secara standard pada Evora Sport 410 seperti ‘splitter’ hadapan, panel bumbung, sayap belakang, ‘diffuser’ belakang, panel akses hadapan serta bekas cermin sisi.

2017-CarbonPackLotusEvora400-04

Selain dari imej yang lebih menyerlah, komponen-komponen buatan tangan itu juga mengurangkan berat sebanyak 5 kg. Untuk mendapatkan kereta yang lebih ringan, pelanggan juga boleh memilih untuk memasang sistem ekzos titanium dan bateri lithium ion, di mana setiap komponen akan mengurangkan berat sebanyak 10 kg.

2017-CarbonPackLotusEvora400-05

Di samping itu, Lotus telah memperkenalkan pemegang cawan dan dulang bagi semua model Evora. Ia dipasang secara standard bagi model pasaran Amerika Syarikat dan Kanada, namun dijual sebagai aksesori tambahan bagi Evora 400 dalam pasaran Eropah dan Asia. Pemegang cawan dan dulang tersebut mempunyai berat sebanyak 120 g, jadi prestasi dan pengendalian kereta tidak akan terjejas.

2017-CarbonPackLotusEvora400-03

Pemilik Evora 400 juga mempunyai pilihan untuk membuang sistem penyaman udara dan kerusi belakang. Jika semua pilihan dibuat, sebanyak 42 kg beban boleh dikurangkan dari kereta tersebut.

 

Previous post

Kereta PROTON Buat Pemenang Pingat Di Rio 2016

Next post

Heng Seng Menjayakan Edaran MYGAZ di Kelantan Dengan Perolehan Trak Scania

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *