Motosikal / Lain Lain Roda

Promosi ‘Fuyoo’ Triumph Malaysia Tawar Nilai Hebat untuk Street Triple R dan Tiger 800

Fast Bikes Sdn Bhd telah memulakan kempen promosi ‘Fuyoo’ yang akan berlangsung selama dua bulan untuk model Triumph Street Triple R dan Triumph Tiger 800 (XRx dan XCx, termasuk varian Low Ride Height).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Kedua-dua model tersebut ditawarkan dengan rebat tunai, baucar kredit kedai serta aksesori pada harga istimewa untuk mana-mana pendaftaran yang dibuat sebelum 30 September 2016.

Untuk tempoh masa yang terhad, Street Triple R ditawarkan dengan rebat tunai RM3,000, kredit kedai RM2,000 serta insurans dan cukai jalan percuma selama setahun. Bag tangki minyak juga akan diberi secara percuma.

Tambahan pula, Triumph Malaysia juga menawarkan diskaun sebanyak 40% untuk kesemua aksesori Street Triple R yang dibeli sebelum penghantaran dibuat.

Triumph Street Triple R

Untuk mereka yang lebih ‘adventure’, promosi ‘Fuyoo’ Triumph Malaysia menawarkan pannier sisi aluminium serta bracket pada harga RM1,000 (harga biasa RM4,800) untuk pelanggan yang membeli mana-mana varian Tiger 800 semasa tempoh kempen.

Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan kredit kedai sebanyak RM2,000 dan jaket Adventure Triumph Trek.

Triumph Tiger 800 01

Pada masa yang sama, Fast Bikes menawarkan Tiger 800 XR pada harga pengenalan iaitu RM59,900 (atas jalan termasuk GST). Didatangkan dengan ABS, Tiger 800 XR adalah sebuah jentera versatil yang boleh digunakan samada sebagai kenderaan harian atau untuk aktiviti ‘off-road’. Seperti model Tiger 800 XRx dan XCx, ia dikuasakan enjin tiga silinder berkapasiti 799 cc.

Previous post

Subaru Telah Bikin 3 Juta Kenderaan di Amerika Syarikat

Next post

Tempahan untuk Honda Accord 'Facelift' Dibuka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *