Berita Auto

Viva Haulage Memacu Strategi Pembangunan Dengan Perolehan Trak Baru P410LA6x2MSZ Yang Pertama Dari Scania Malaysia

Viva Haulage Sdn Bhd (Viva) telah meningkatkan keupayaan dalam perniagaan pengangkutan kontena untuk agen penghantaran dan penghantar muatan utama dengan perolehan kali pertama trak baru Scania P410LA6x2MSZ untuk melengkapi barisan kenderaan beratnya. Perolehan setiap trak Scania diiringi sebilangan faedah-faedah istimewa yang memberi sokongan yang terbaik kepada pelanggan.

Trak ini diserahkan oleh Tuan Haji Idros Puteh, Pengarah Jualan Scania Asia Tenggara kepada Encik Tee Wah meng, Pengarah Viva Haulage Sdn Bhd baru-baru ini.

“Kami anggap perniagaan kami kecil berbanding operator pengangkutan berat yang lain, dan kami memberi tumpuan penuh kepada rakan-rakan strategik dalam sektor logistik daripada merintis industry logistik secara umum. Sifat ini telah membolehkan kami mencatat kadar pertumbuhan dua angka sejak syarikat mengambil langkah agresif pada 2014,” kata Tee.

CSW_0218

Dalam perancangan untuk memperolehi lebih lagi trak dalam masa yang terdekat, Viva akan memberi pertimbangan yang lebih mendalam terhadap memiliki trak Scania, terutamanya atas sebab keselamatan, ekonomi bahan api, prestasi berkuasa, kebolehpercayaan dan kelancaran operasi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

“Saya bersyukur dengan keputusan untuk memperolehi trak baru Scania buat kali pertama ini, terutamanya  tawaran perkhidmatan Scania Assistance percuma selama 2 tahun, Scania Maintenance selama 2 tahun dan sistem Scania Fleet Management selama 10 tahun!  Pembiayaan trak baru ini melalui Scania Credit Sdn Bhd, perniagaan saya akan bertambah lancar,” ujar Tee.

Seperti Scania, Viva juga beranggapan pemandu-pemandu merupakan aset yang sangat penting dalam sesebuah syarikat pengangkutan.  Oleh itu, Viva Haulage berniat memberi mereka latihan dengan secukupnya. Melalui sistem Scania Fleet Management, Viva dapat mengenalpasti latihan sesuai yang diperlukan berdasarkan data kenderaan dan pemandunya.

CSW_0232

Trak Scania P410LA6x2MSZ mempunyai enjin berkuasa dengan tork lebih tinggi pada revolusi lebih rendah, dan dengan itu menyenangkan pemanduan dan meningkatkan keberkesanan kos.

Kotak gear manual berautomasi Scania Opticruise, yang dibekalkan secara standard, melancarkan penukaran gear untuk memudahkan pemandu mengendalikan kenderaan serta menguruskan ekonomi bahan api. Kelengkapan ini juga dapat mengurangkan geseran dan hakisan clutch dan synchromesh.

Reka bentuk ergonomik stesen pemandu memberi keselesaan yang muktamad dan ini dapat memastikan pemandu sentiasa berfokus dan cergas.

CSW_0303

“Kami amat gembira mendapat kepercayaan Viva terhadap solusi pengangkutan mapan yang ditawarkan. Kami berjanji untuk memberi sokongan padu kepada Viva dalam membantunya mencapai tahap keuntungan maksima buat jangka masa panjang,” kata Idros.

CSW_0247

Previous post

Toyota Di Tempat Pertama Dalam Indeks Perkhidmatan Pelanggan JD Power Malaysia 2016

Next post

Video Mustang Serba Baharu Ford

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *