Berita Auto

Ferrari GTC4Lusso T Dilancarkan di Malaysia – Harga Asas RM1.088 Juta

Ferrari GTC4Lusso T akhirnya tiba di Malaysia. Pelancaran model terbaru itu diadakan pada hari ini di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur, serentak dengan debutnya di Paris Motor Show.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Majlis dihadiri oleh Datuk Wira Hj SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza World Group of Companies serta Dieter Knechtel, Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari Far and Middle East Hub.

????????

Kereta jenis ‘grand tourer’ itu menampilkan enjin turbo 3.9 liter V8 yang menghamburkan 601 hp pada 7,500 rpm dan 760 Nm tork dari 3,000 hingga 5,250 rpm, menjadikannya kenderaan empat tempat duduk pertama dalam sejarah pengeluar itu yang menggunakan teknologi turbo.

????????

Dengan kuasa dihantar ke tayar belakang melalui kotak gear tujuh kelajuan, GTC4Lusso T hanya memerlukan 3.5 saat untuk mencapai kelajuan 100 km/j dari pegun dan mampu memecut sehingga 320 km/j. Walaupun begitu berkuasa, ciri-ciri enjin turbo V8 tersebut dengan tambahan teknologi Variable Boost Management membuatkannya sesuai untuk kegunaan harian terutamanya di kawasan bandar.

????????

Antara teknologi yang boleh didapati pada GTC4Lusso T adalah sistem stereng empat roda bersepadu dengan Slip Side Control (SS3), di mana kawalan stereng menjadi lebih responsif ketika memasuki atau keluar dari selekoh tajam. Selain lebih ringan, ia juga mempunyai nisbah pengagihan berat yang lebih baik iaitu 46:54 depan-belakang.

????????

Dari segi reka bentuk, GTC4Lusso T mengekalkan gaya ‘shooting brake coupe’ yang pertama kali diperkenalkan melalui model GTC4Lusso. Ruang kabinnya pula menampilkan konsep kokpit berkembar yang direka khas untuk empat penumpang serta skrin sesentuh 10.25 inci untuk sistem infotainmen.

????????

Harga asas (tidak termasuk cukai dan insurans) Ferrari GTC4Lusso T bermula dari RM1,088,000.

 

 

 

Previous post

VW I.D. Konsep Janji 400-600 km Bagi Jarak Pemanduan Eletriknya

Next post

Hypercar Mercedes Disahkan Di Paris

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *