Berita Auto

Ford Bekerjasama dengan Bandar Raya Global untuk Membangunkan Mod Pengangkutan Baharu

Ford bekerjasama dengan beberapa buah bandar raya utama di dunia – bermula dengan San Francisco untuk menyelesaikan isu kesesakan dan membantu orang ramai bergerak dengan lebih mudah pada hari ini dan masa depan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Hari ini, syarikat mengumumkan persetujuan untuk memiliki Chariot, satu perkhidmatan pengangkutan ulang-alik bersumberkan orang ramai yang berpangkalan di San Francisco. Ia juga bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan perkongsian basikal Motivate untuk mengembangkan penyelesaian pengangkutannya di pusat-pusat bandar. Ford turut menubuhkan satu pasukan City Solutions yang baru untuk memenuhi keperluan pengangkutan bandar-bandar di seluruh dunia.

“Kami mengembangkan perniagaan untuk menjadi sebuah syarikat auto dan mobiliti. Kerjasama dengan beberapa buah bandar raya utama melibatkan keperluan pengangkutan sedia ada dan masa depan mereka merupakan satu langkah yang besar,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ford, Mark Fields. “Selama lebih 100 tahun, Ford telah menjadi sebahagian daripada komuniti dan satu sumber pengangkutan automotif yang dipercayai. Kini, kami ingin berkolaborasi dengan komuniti-komuniti untuk menawarkan lebih banyak pilihan penyelesaian pengangkutan kepada orang ramai – untuk dekad-dekad yang akan datang.”

City Solutions 2

Pada hari ini, separuh daripada populasi dunia tinggal di bandar. Menjelang tahun 2030, angka tersebut dijangka meningkat kepada 60 peratus. Apabila populasi di bandar bertambah, cabaran untuk menggerakkan manusia dan barangan menjadi semakin sukar. Justeru, Ford komited untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian itu.

“Bandar-bandar di seluruh dunia berdepan dengan masalah kesesakan yang kian serius, pertambahan golongan kelas pertengahan dan isu-isu alam sekitar – semua ini boleh ditangani melalui cara membangunkan penyelesaian mobiliti yang disesuaikan dengan cabaran-cabaran unik di setiap lokasi berkenaan,” kata Jim Hackett, Pengerusi Ford Smart Mobility LLC, sebuah anak syarikat Ford yang ditubuhkan untuk mereka bentuk, membina, mengembangkan dan melabur ke dalam perkhidmatan mobiliti yang semakin berkembang. Pada masa sama, dengan mengembangkan model perniagaan kami yang merangkumi pengangkutan bentuk baru – daripada basikal hingga ke pengangkutan ulang-alik yang dinamik dan banyak lagi – kami dapat memperkenalkan pelanggan baru kepada jenama Ford. Di samping mencipta peluang perolehan dan keuntungan baru pada masa depan.”

City Solutions 3

Pemilikan Ford ke atas Chariot, yang melibatkan perubahan normal dan syarat- syarat tertentu bakal bertindak sebagai asas terhadap perniagaan perkhidmatan pengangkutan ulang-alik globalnya. Perkhidmatan pengangkutan ulang-alik dijangka dikembangkan bukan sekadar di San Francisco, tetapi ke sekurang-kurangnya lima pasaran lain dalam tempoh 18 bulan.

Bermula pada tahun 2014, Chariot beroperasi menggunakan hampir 100 unit Ford Transit di 28 laluan di seluruh San Francisco Bay Area. Hari ini, laluan Chariot yang berasaskan kepada permintaan para pengguna. Pada masa depan, mereka akan beroperasi secara dinamik – menggunakan data algoritma untuk memeta laluan secara efisien bagi memenuhi keperluan mobiiti masyarakat pada masa sebenar.

City Solutions 4

Chariot melengkapkan pengangkutan transit massa dengan mengisi jurang di antara perkhidmatan teksi dan bas. Ia menyediakan perkhidmatan berasaskan kepada permintaan, selain pilihan pengangkutan dari satu poin ke satu poin lain yang lebih mudah, efisien dan kos efektif. Berdasarkan kepada satu kaji selidik yang dilakukan oleh KPMG untuk Ford, dengan setiap pengangkutan ulang-alik yang ditawarkan pada waktu puncak, jumlah kenderaan di bandar boleh dikurangkan sehingga 25 buah kereta.

“Sejak mula lagi, misi Chariot adalah untuk menyelesaikan masalah pengangkutan dengan menyediakan penyelesaian transit massa yang pantas, boleh dipercayai dan murah untuk penduduk bandar pada hari ini,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Chariot, Ali Vahabzadeh. “Kami memulakan perkhidmatan Chariot dengan 15 buah kenderaan penumpang Ford dan terus menggunakan Ford Transit hingga ke hari ini. Kami sangat teruja kerana menjadi syarikat pertama yang dimiliki oleh Mobiliti Pintar Ford serta dapat memanfaatkan kepimpinanannya dalam bidang pengangkutan demi mencapai sasaran Chariot di seluruh dunia.”

City Solutions 5

Basikal merupakan satu lagi mode pengangkutan yang penting buat penduduk Bay Area. Jadi, Ford dan Motivate, peneraju dalam perkhidmatan perkongsian basikal global telah bekerjasama dengan para pegawai perbandaran untuk menambah stesen-stesen baharu dan meningkatkan jumlah basikal kepada 7,000 unit di kawasan Bay Area menjelang akhir tahun 2018. Apabila dilancarkan tahun depan, Ford GoBike boleh diakses oleh pengguna menerusi platform FordPass.

“Revolusi pengangkutan sudah tiba di Bay Area,” kata Ketua Pegawai Operasi Motivate, Jay Walder. “Kerjasama unik dengan Ford ini membuktikan bahawa perkhidmatan perkongsian basikal bukan lagi satu bentuk pengangkutan alternatif. Ia merupakan pusat dalam menghasilkan mobiliti yang pintar dan berasaskan kepada permintaan. Ia juga mewakili nilai ekuiti dan kelestarian syarikat kami. Terima kasih atas kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Metropolitan, San Francisco, San Jose, Oakland, Berkeley dan Emeryville, perkhidmatan perkongsian basikal bakal ditawarkan di seluruh kawasan Bay Area.”

Ford merancang membangunkan teknologi untuk menggunakan data yang dikumpul daripada basikal bagi membina satu rangkaian mobiliti yang saling berhubung. Data itu merangkumi maklumat pada masa sebenar seperti kondisi cuaca, corak penggunaan dan kebolehdapatan basikal untuk memaksimumkan pergerakan.

City Solutions 6

Ford turut menubuhkan pasukan City Solutions untuk bekerjasama dengan beberapa buah bandar raya dalam usaha mengembangkan lagi perkhidmatan mobiliti di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada Ford Smart Mobility LLC. John Kwant yang telah bekerjasama dengan beberapa buah bandar raya sepanjang kariernya sebagai pegawai perhubungan kerajaan dan pasukan strategi global Ford telah dilantik sebagai Naib Presiden Ford City Solutions.

Pasukan ini berperanan menangani realiti bahawa ekosistem pengangkutan setiap bandar raya telah berubah mengikut peredaran masa. Ia juga mempunyai set cabaran pengangkutan yang unik. Menerusi satu proses penerokaan bersama, Ford City Solutions akan bekerjasama dengan majlis perbandaran untuk memberi cadangan, merintis dan membangunkan penyelesaian mobiliti buat semua komuniti. Perbincangan dengan beberapa bandar raya global sudah pun bermula.

Previous post

Land Rover Defender 2018 Tidak Pertahan Martabat Yang Original

Next post

Mercedes-AMG GT Roadster dan GT C Roadster

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *