Cerita Auto

Giliran Volvo S60 T6 Pula Diiktiraf EEV

Volvo Car Malaysia hari ini mengumumkan bahawa T6 S60 yang dilengkapi dengan yang rangkaian kuasa Drive -E, kini diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV). Dengan status baru ini, sedan itu akan menikmati pengurangan harga runcit seperti yang ditunjukkan di bawah.

Volvo S60 T6 EEV Price

Harga terbaru ini akan berkuat kuasa bermula 8 September 2016.

Enjin T6 tersebut menghamburkan 306 hp pada 5,600 rpm dan tork maksimum sebanyak 400 Nm antara 2,100 dan 4,800 rpm. Dengan kotak gear automatik lapan kelajuan dengan dua gear overdrive, S60 mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.9 saat sahaja.

Kombinasi tersebut juga membolehkan sedan itu mencapai penggunaan bahan api (kitar padu NEDC) serendah 6.7 liter bagi setiap 100 km. Ini bermakna enjin T6 itu lebih berkuasa, namun lebih jimat dan bersih dari enjin sebelumnya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

S60 T6 adalah model keempat syarikat itu yang mendapat status EEV selepas XC60 T5, XC60 T6 dan V40 T5 pada bulan Ogos.

 

Previous post

Ini Dia Audi A5 Sportback Baharu

Next post

Koenigsegg Agera RSR - Terhad kepada 3 Unit Sahaja di Jepun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>