Gaya Hidup

Kemenangan Mutlak untuk Harald Schlegelmilch di Nürburgring

Dua permulaan dari petak pertama dan satu kejayaan mutlak untuk Harald Schlegelmilch di Nürburgring, di mana pusingan kelima dari enam kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Europe dijalankan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ini adalah kali kedua pemandu Artline Team Georgia itu meraih kejayaan tahun ini, selepas yang pertama di Spa. Beliau menghabiskan perlumbaan di hadapan Loris Spinelli di tempat kedua dan Vito Postiglione di tempat ketiga. Namun, malang buat Postiglione apabila beliau dikenakan penalti 30 saat seterusnya jatuh ke tempat ketujuh selepas didapati melanggar peraturan hentian pit.

Dennis Lind yang mewakili Raton Racing juga menerima nasib yang sama apabila penalti 30 saat menyaksikan beliau jatuh dari tempat keempat ke kesepuluh.

Krenzia

Schlegelmilch yang mencatat rekod baru iaitu 1’57”974 dalam sesi kelayakan pertama bermula dengan sempurna dan berjaya mempertahankan kedudukannya sehingga hentian pit walaupun dengan tentangan hebat dari Spinelli. Lind dan Postiglione pula bersaing hebat di belakang mereka.

Kelas PRO-AM pula didominasi oleh  Bar Baruch, iaitu salah seorang peserta Lamborghini Young Drivers Program. Beliau yang berlumba buat kali pertama dalam kejohanan ini meraih kemenangan pertamanya, sekaligus meletakkannya di tempat ketiga keseluruhan. Tempat kedua diduduki oleh Rik Breukers manakala tempat ketiga milik Arne Hoffmeister.

Cozzolino-Baruch

Amir Krenzia juga meraih kemenangan pertamanya di dalam kelas AM bersama pasukan Vincenzo Sospiri Racing. Piala Lamborghini pula menyaksikan kejayaan satu-dua untuk pasukan Van der Horst Motorsport yang diwakili oleh William Van Deyzen dan Gerard Van der Horst.

Previous post

Volvo V90 Cross Country - Bukan Wagon Biasa

Next post

Penghantaran Volkswagen Group Ogos Meningkat Sebanyak 6.3%

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *