Gaya Hidup

Kempen BMW Safety 360° Diteruskan di Cooler Lumpur Festival Hujung Minggu Ini

BMW Group Malaysia akan meneruskan usaha-usahanya dalam kempen BMW Safety 360° di Cooler Lumpur Festival tahun ini. Pengeluar kereta premium itu berharap usahasamanya bersama Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) ini dapat meningkatkan kesedaran, keprihatinan dan tindakan tentang teknologi dan keselamatan di kalangan ibu bapa dan kanak-kanak.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Acara ini akan diadakan di The Square @ Publika dan terbuka kepada semua keluarga dari seluruh Lembah Klang. Seorang perunding keselamatankanak-kanak dari PPBM akan menyampaikan ceramah manakala kanak-kanak yang hadir boleh mengikuti aktiviti bertemakan keselamatan jalan raya.

Selepas ceramah, ibu bapa boleh menyertai cabaran trivia untuk berpeluang memenangi satu tempat duduk kanak-kanak jenama BMW.

BMW 06

Butiran kempen BMW Safety 360° adalah seperti berikut:

Tarikh: 10 & 11 September 2016, Sabtu & Ahad

Masa: 11:00AM Ketibaan & pendaftaran

11:25AM Ceramah PPBM bertajuk “Is My Child Safe in the Car?”

12:05PM Cabutan bertuah & Cabaran trivia

12:20PM Penyampaian tempat duduk kanak-kanak BMW

1:00PM Aktiviti keselamatan jalan raya kanak-kanak

Tempat: The Square, Publika Shopping Gallery, 1 Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur

Previous post

Goodyear Lapor Pendapatan Bersih Memberangsangkan untuk Separuh Pertama 2016

Next post

Rupa Land Rover Discovery Baharu Didedahkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *