Berita Auto

Koenigsegg Agera RSR – Terhad kepada 3 Unit Sahaja di Jepun

Berita baik untuk pemilik dan peminat Koenigsegg di Jepun, pengeluar hypercar dari Sweden itu telah melancarkan model RSR Agera yang terhad kepada tiga unit sahaja,

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ketiga-tiga kereta tersebut merupakan sebahagian daripada siri Agera RS, yang mempunyai 25 unit kesemuanya. Oleh itu, ia tidaklah terlalu berbeza dengan Agera RS yang lain tetapi tetap menampilkan ciri-ciri dalaman dan luaran yang tersendiri hasil dari rundingan bersama dengan pelanggan.

rsr4-1

Agera RSR didatangkan dengan spoiler belakang dinamik yang hampir sama dengan model One:1. Bukan sahaja kereta bertambah cantik, spoiler besar itu juga menghasilkan downforce yang lebih tinggi dan pengendalian yang lebih baik.

rsr7-1

Air intake scoopnya juga hampir sama dengan yang terdapat pada One:1, namun dengan reka bentuk yang lebih pendek bagi membolehkan bumbung kereta disimpan di belakang. Ia nyata tidak menjejaskan prestasi enjin V8 twin-turbonya, yang kini menghasilkan 1,160 hp.

rsr9-1

Menurut Koenigsegg, ketiga-tiga Agera RSR akan disampaikan kepada pemilik masing-masing tidak lama lagi.

 

 

 

 

 

Previous post

Giliran Volvo S60 T6 Pula Diiktiraf EEV

Next post

ABT Bagi Lagi Power Untuk Lagi Satu Golf GTI

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *