Berita Auto

Lee Motors Auto Care Memperkenalkan Pengedar BMW Baharu di Alor Setar, Kedah.

Lee Motors Auto Care Sdn Bhd baru-baru ini telah memperkenalkan ruang pameran yang serba baharu serta pusat servis BMW miliknya yang telah dinaik taraf di Lorong Perak,  Alor Setar bagi membolehkan syarikat tersebut memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan di seluruh negeri berkenaan dan kawasan-kawasan yang berdekatan.

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun, ketika memperkenalkan pengedar baharu BMW berkata, “Bahagian utara merupakan kawasan yang penting kerana ia menyumbang kepada jualan lebih 3,000 buah kenderaan dalam segmen premium. Sejajar dengan itu, pengembangan baru ini mencerminkan komitmen kami terhadap jenama dan pelanggan-pelanggan kami. BMW Group Malaysia telah lama mengenali Lee Motors – mereka telah menjadi rakan kongsi utama kami sejak 13 tahun yang lalu dan pengembangan terbaru ini mencerminkan wawasan mereka.”

 

Sementara itu, Pengarah Lee Motors Auto Care, Eugene Lee ketika mengulas mengenai komitmen Lee Motors terhadap pelanggan BMW di bahagian utara Semenanjung Malaysia berkata, “Sejak dari awal penubuhan syarikat ini, inovasi telah menjadi faktor utama bagi kejayaan jenama BMW. Oleh itu, kami perlu sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, meningkatkan jualan dan mengedar lebih banyak kereta BMW di Alor Setar pada tahun-tahun yang akan datang.”

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Berpegang teguh kepada slogan kami iaitu Dipercayai Sejak Turun-temurun (Trusted For Generation), jenama kami menjanjikan perkhidmatan yang sah, telus dan terbaik kepada semua pelanggan.” tambah Eugene.

 

Ruang pameran serba baharu yang berkeluasan 15,000 kaki persegi berbanding hanya 8,000 kaki persegi sebelum ini, dibina berdasarkan konsep dan rekabentuk yang yang menampilkan perabot serta identiti terkini jenama BMW. Ia menepati semua standard dan spesifikasi bertaraf antarabangsa jenama berkenaan. Ruang pameran yang serba baharu itu menempatkan pejabat untuk kakitangan jualan, Isetta Café dan lounge pelanggan yang berfungsi sebagai ruang penyerahan dan perbincangan. Manakala pusat servis yang telah dinaik taraf pula dilengkapi dengan ruang pejabat untuk penasihat servis, Isetta Café, serta 4 ruang servis bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

 

Ruang pameran Lee Motors yang baharu terletak di No 86-C, Lorong Perak 18, Kawasan Perusahaan Mergong II, 05150 Alor Setar, Kedah manakala pusat servis yang telah diubahsuai dan dinaik taraf kekal beroperasi di 302, Lorong Perak 16 Mergong II, 05150 Alor Setar, Kedah. Pelanggan boleh menghubungi talian 04-7337003 atau melayari www.bmw.com.myuntuk mendapatkan maklumat lanjut.

BMW 01 (3)

Previous post

Mercedes-Benz C-Class Cabriolet dan SLC Roadster Dilancarkan

Next post

Bermaz Motor Perkenal Pakej MazdaSports Untuk Mazda3 Hatchback

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *