Berita Auto

Mekanik dan Pakar Automotif Mengesyorkan WD-40!

Jika anda mengunjungi mana-mana bengkel membaiki kereta atau pusat pakar automotif hari ini, anda berkemungkinan besar akan mendapati profesional yang membaiki kereta pelanggan-pelanggan akan memegang tin biru dan kuning di tangannya!

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dari ibu kota Kuala Lumpur sehingga seluruh sempadan negeri ke bandar-bandar, WD-40 telah memainkan peranan yang sangat penting dalam setiap kerja mekanik automotif. Ia merupakan senjata rahsia pakar-pakar auto untuk penyelesaian setiap masalah yang mereka hadapi.

Wong Tze Yong, Penyelia selama 12 tahun di Tyrepro Sdn Bhd Kuala Lumpur, adalah seorang peminat setia produk WD-40 Multi-Use Product. Beliau sangat kagum dengan WD-40® Specialist™ Automotive yang telah dilancarkan baru-baru ini yang merangkumi produk-produk seperti Brake and Parts Cleaner, Throttle Body, Carb and Choke Cleaner, dan Machine & Engine Degreaser.

“Kami menggunakan WD-40 Multi-Use Product untuk melonggarkan bolt berkarat atau ketat, membersihkan bahagian-bahagian krom kenderaan, dan menghilangkan kelembapan dalam pendawaian dan litar elektrik,” jelas Wong.

“WD-40 Specialist Automotive digunakan untuk fungsi-fungsi yang lebih khusus. Sebagai contoh, WD-40 Machine Degreaser digunakan untuk membersihkan permukaan enjin dan bahagian-bahagian yang tersembunyi dan sukar dicapai. Ia adalah sangat berkesan dan saya hanya memerlukan kuantiti yang sedikit untuk mencapai hasil pembersihan yang menakjubkan lagi cepat setiap masa! ”

Wong berkata bahawa beliau amat kagum dengan formula rahsia WD-40 yang terkenal ini dan jika diberi peluang, beliau ingin melawat kilangnya yang berada di California.

WD-40-2016_06_07_01581

“Terdapat banyak jenama alternatif lain di pasaran tetapi kebanyakkanya mengandungi bahan kimia merbahaya sehingga boleh melecurkan kulit kita apabila tersembur atau tertumpah secara tidak sengaja pada kulit. Sebaliknya, semua produk WD-40 adalah berkesan dan juga selamat digunakan. Ini adalah sebab utama mengapa kami telah menggunakan jenama Amerika ini lebih daripada satu dekad sampai sekarang. ”

Terdapat satu lagi bengkel automotif kegemaran penduduk tempatan di Seremban bernama Fook Hee Sing Lien Kee yang juga dilengkapi dengan produk WD-40 untuk kegunaan krew mekanik mereka.

Pemilik bengkel ini adalah Lee San San, seorang bos wanita yang sangat mahir dan berpengalaman dengan segala urusan tayar seperti menukar tayar di samping menjalankan tugas pejabat dan akaun!

“Saya telah menggunakan WD-40 Multi-Use Product ini lebih daripada 20 tahun di dua bengkel tayar kereta yang saya miliki. Ia adalah penyelesaian kegemaran saya kerana ia dapat melonggarkan bolt berkarat yang tersekat dengan mudah,” kata beliau.

“WD-40 Specialist Automotive – Brake and Parts Cleaner – telah diperkenalkan dalam pasaran kira-kira tiga bulan yang lalu dan ia sudah terbukti sangat berkesan. Ia digunakan untuk membersihkan bahagian-bahagian yang penting dalam kereta seperti plat cakera brek dan angkup, fungsi yang penting untuk memberhentikan kereta. Kebanyakan kenderaan mempunyai brek cakera hadapan dan juga di belakang hari ini. Roda kenderaan dipasang pada cakera logam atau rotor, yang akan berputar di sepanjang roda di dalam sistem cakera brek. Kaliper ini memainkan peranan penting dalam menghasilkan geseran dengan rotor untuk melambatkan dan memberhentikan roda.”

“Oleh itu, penjagaan dan penyelenggaran kenderaan anda adalah sangat penting supaya pretasi kerata anda dapat mencapai tahap maksima. WD-40 tidak pernah mengecewakan saya kerana ia amat berkesan. Brake and Parts Cleaner – menghilangkan sisa-sisa kotoran dan gris selepas setiap pembersihan.”

WD-40-Brake and Parts

 

Di samping itu, WD-40 juga memperolehi testimoni dengan prestasi tinggi daripada pelanggan perkhidmatan professional di negeri selatan Malaysia iaitu Johor Darul Takzim.

Ang Trading & Motor Credit Sdn Bhd adalah sebuah syarikat terkenal di Muar yang telah beroperasi sejak 40 tahun dahulu. Ia bermula sebagai satu bengkel kecil sehingga menjadi bengkel 4S di bandar Muar pada hari ini. Ia mempunyai pusat servis Ford, KIA dan Peugeot.

Sia Ming Loon yang menguruskan pusat servis Peugeot 3S ini, berkata bahawa dia hanya memerlukan WD-40 apabila menghadapi masalah untuk melonggarkan nut walapun yang berkarat.

“Apa yang anda perlukan adalah hanya sedikit WD-40 Multi-Use Product untuk menyempurnakan kerja itu!” katanya.

“WD-40 Multi-Use Product memainkan peranan penting sebab ia dapat memastikan kami mengekalkan kualiti kerja teknikal yang konsisten, supaya pelanggan kami gembira dengan perkhimatan kami. Kami tidak pernah menerima sebarang aduan daripada pelanggan kami yang telah menghantar kenderaan mereka untuk kerja pembaikan atau penyelenggaraan setelah menggunakan produk WD-40.”

Previous post

Cub Prix: Fazli Juara Di Temerloh

Next post

Sepang Buka South Paddock dan Paddock Chalet

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *