Motosikal / Lain Lain Roda

Naza N5R Tiba di Malaysia – RM13,888

Bersempena dengan Naza Group Merdeka Auto Fair 2016 yang berlangsung sehingga Ahad ini, Naza Bikes telah melancarkan model motosikal baharu iaitu N5R. Ia merupakan model yang sama dengan N5 cuma didatangkan dengan fairing lengkap.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

N5R mengenengahkan dua konsep iaitu ‘True Sport” yang menampilkan casis berprestasi tinggi serta sistem EZ-suit yang membolehkan hendal, ketinggian tempat duduk dan pasak kaki boleh diubah mengikut kesesuaian individu.

Naza N5R

Memfokuskan penunggangan sport dan pengendalian mantap, N5R mempunyai tempat duduk yang ditinggikan sebanyak 20 mm, bar hendal yang direndahkan sebanyak 30 mm dan pasak kaki yang ditarik 30 mm ke belakang.

Naza N5R

Namun ciri mekanikal N5 dan N5R adalah sama. Ia dikuasakan enjin 249cc, silinder tunggal yang menghasilkan 28 PS pada 9,500 rpm dan 24.17 Nm tork pada 7,000 rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Naza N5R

Ia menggunakan kerangka keluli yang sama dengan N5, dipadankan dengan sepit udang terbalik 37 mm di hadapan dan swingarm berkembar dengan penyerap hentak hidraulik di belakang. Kuasa membrek datang dari cakera 300 mm dengan angkup empat piston di hadapan dan cakera 230 mm dengan angkup dua piston di belakang. Dengan berat 143 kg, ia dikatakan lebih ringan berbanding pesaingnya.

Naza N5R

 

Naza N5R dijual dengan harga asas RM13,888 (tidak termasuk GST).

 

Previous post

Renault Koleos Dilancarkan - Harga Pengenalan RM172,800

Next post

Program Kustom Startech Refinement Dilancarkan di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *