Cerita Auto

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Palam Pencucuh

Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi dan anda bergegas keluar dari rumah untuk mengelak kesesakan trafik. Anda masuk ke dalam kereta, pusingkan kunci, akan tetapi, enjin kenderaan anda tidak mahu hidup! Anda periksa bateri, minyak enjin dan komponen-komponen lain. Nampaknya, masalah tersebut disebabkan oleh palam pencucuh.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

‘Satu Alat Ganti yang Rosak, Memusnahkan Segalanya’

Sebagaimana yang boleh anda lihat daripada senario di atas, hari anda boleh jadi tidak keruan hanya kerana satu alat ganti kereta yang kecil. Anda sudahlah terpaksa berdepan dengan kesukaran kerana kereta rosak, malah ia mungkin melibatkan kos pembaikian yang mahal.

Melalui kempen ‘Satu Alat Ganti yang Rosak, Memusnahkan Segalanya’, Bosch Automotive Aftermarket menggalakkan pemanduan selamat melalui alat ganti kereta yang berkualiti dan boleh dipercayai. Produk-produk Bosch Automotive Aftermarket bukan sahaja direka untuk menawarkan prestasi optimum malah mampu menggerakkan kenderaan dengan lebih efisien.

Nadi kenderaan anda – Palam Pencucuh

Image 2

Fikirkan palam pencucuh sebagai satu cetusan kilat kecil yang mempunyai satu fungsi khusus: menghasilkan cetusan tenaga elektrik yang diperlukan oleh kebuk pembakaran untuk menghidupkan enjin kereta anda. Memandangkan kondisi palam pencucuh boleh dikaitkan secara langsung dengan prestasi enjin, maka palam pencucuh yang lemah boleh menyebabkan masalah-masalah utama seperti enjin sukar dihidupkan dalam keadaan sejuk atau salah cetusan (misfiring) sewaktu memecut (anda akan rasa kenderaan tersengguk- sengguk ketika memandu). Tanpa palam pencucuh yang bagus, kereta anda tidak boleh mengekalkan kuasa maksimum. Anda juga akan membakar lebih banyak bahan api kerana kebuk pembakaran tidak beroperasi pada tahap yang optimum.

Tembaga, Platinum atau Iridium – Yang mana satu lebih sesuai untuk kereta anda?

Terlebih dahulu, anda harus tahu bahawa terdapat beberapa jenis palam pencucuh yang berbeza untuk kegunaan kereta berlainan. Fikirkan palam pencucuh sebagai satu bahagian kecil dalam susun suai gambar yang memerlukan spesifikasi betul untuk dimuatkan pada sesebuah enjin. Secara umumnya, terdapat tiga jenis palam pencucuh yang ada di pasaran: Tembaga, Platinum dan Iridium.

Palam pencucuh jenis tembaga biasanya dihasilkan dan digunakan pada kereta-kereta lama (pra-tahun 1980-an) yang mempunyai sistem penghidup berdasarkan pengedaran bervoltan rendah. Maksudnya, kenderaan sebelum era 1990-an biasanya menggunakan palam pencucuh jenis tembaga. Sesetengah enjin berprestasi tinggi lama direka khas untuk palam pencucuh tembaga. Dalam kes sebegini, palam pencucuh tembaga dikira sebagai palam pencucuh berprestasi tinggi.

Image 3

Palam pencucuh Platinum merupakan yang paling biasa digunakan pada hari ini. Ia lazimnya digunakan pada kenderaan baharu yang memiliki sistem penghidup elektronik. Palam pencucuh Platinum seperti Bosch OE Fine Wire Platinum lebih tahan lama berbanding palam pencucuh tembaga. Ia juga dihasilkan untuk kereta-kereta baharu dengan enjin berprestasi tinggi.

Iridium adalah lebih keras berbanding platinum. Palam pencucuh iridium tahan 25 peratus lebih lama berbanding palam pencucuh platinum. Banyak pengeluar kenderaan pada hari ini memerlukan palam pencucuh iridium, seperti Bosch Double Iridium Spark Plugs untuk sistem penghidup kenderaan mereka.

Dengan maklumat di atas, anda mempunyai idea asas akan jenis palam pencucuh yang bersesuaian untuk kereta anda. Jika tidak, tanya sahaja mekanik apabila anda datang ke bengkel nanti.

Kenapa dan bila anda perlu menukar palam pencucuh

Berbeza dengan apa yang mungkin anda tahu, palam pencucuh tidak akan tahan selama-lamanya. Sebabnya:

Pembentukan deposit pada palam pencucuh: Apabila deposit terbentuk pada palam pencucuh akibat interaksi campuran udara dan bahan-api, ia menyebabkan masalah bahan api dinyalakan terlebih dahulu. Ini mengakibatkan kenderaan anda akan tersengguk-sengguk dan bekalan tenaga menjadi tidak konsisten.

Image 4

Mengembang, jarak yang lebih jauh: Apabila palam pencucuh dinyalakan, ia perlu melalui satu ruang bagi menyediakan tahap pembakaran yang betul pada masa yang tepat. Jarak ini akan menjadi semakin luas akibat suhu ekstrem, debu dan masalah pakai lusuh yang biasa dialami oleh palam pencucuh. Jika jarak itu terlalu jauh, pembakaran akan menjadi tidak menentu atau tidak efektif.

Mujurlah palam pencucuh tidak perlu ditukar dengan kerap. Ia boleh bertahan selama bertahun-tahun dan jarak pemanduan yang jauh sebelum perlu diganti. Kebanyakan pengeluar kenderaan mencadangkan palam pencucuh ditukar pada setiap 48,000km. Bagaimanapun, jangka hayat palam pencucuh bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis palam pencucuh dan enjin.

Tanda-tanda amaran

Terdapat beberapa perkara yang memberitahu anda akan masanya untuk menukar palam pencucuh.

Pertama, dengar bunyi berdetar, berdengung atau ‘ketukan’. Apabila palam pencucuh mula meragam atau misfire, anda mungkin akan mendengar bunyi-bunyi tersebut akibat pergerakan omboh. Omboh-omboh bergerak pada halaju yang tinggi. Jadi, jika palam pencucuh berfungsi pada masa yang salah, ia akan menyebabkan timbulnya bunyi yang pelik.

Ketika memandu, palam pencucuh akan berfungsi apabila anda memecut dan menukar kedudukan gear. Palam pencucuh yang sudah haus atau rosak tidak dapat menghasilkan cetusan optimum. Ini menjadikan pemanduan yang lembab dan tidak menjimatkan – sekali gus menaikkan kos petrol anda!

Image 5

Mungkin sudah tiba masanya untuk mekanik memeriksa keadaan palam pencucuh, jika anda berdepan masalah-masalah ini: enjin sukar dihidupkan, rasa tersengguk-sengguk atau enjin mati.

Apa pun, alat ganti kereta yang berkualiti dan penyelenggaraan secara berkala adalah perlindungan terbaik daripada masalah kerosakan dan kemalangan. Semua pemandu boleh memilih alat ganti yang ingin dipasang pada kenderaan masing- masing. Justeru, #GetItRight dan #StartWithBosch. Maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Bosch Automotive Aftermarket, tip-tip penyelenggaraan kereta dan pelbagai maklumat berguna untuk pemandu, sila layari laman web: www.startwithbosch.com/my.

Previous post

Rupa Land Rover Discovery Baharu Didedahkan

Next post

Cadillac Pakej CTS-V Carbon Black Sport 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>